Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Image
03/02/2019 - Kiulu Riverside Fun Trail, 11.97 km, Kampung Pukak Kiulu Tamparuli Sabah menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai Ranau berhiking di hujung minggu untuk kali ini. Jaraknya agak jauh juga kan? Tapi jangan risau, trailnya ini sangat santai kerana tidak berbukit-bukau. Hehe. Okay sekitar jam 7.00 pagi kami telah pun sampai di pekan Kiulu dan menunggu kedatangan wakil dari pihak pengurusan Kiulu Riverside Fun Trail untuk membawa kami ke starting point trail yang bertempat di kampung Pukak Kiulu. Seperti biasa sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran para peserta dan mendengar sedikit taklimat dari ketua guide maka kami pun memulakan perjalanan. Laluan Kiulu Riverside Trail ini memang santai, tidak berbukit dan kami juga telah melalui beberapa kawasan kampung serta melintasi beberapa buah jambatan gantung dengan pemandangan sungai Kiulu sebagai latar di sepanjang perjalanan ini. Kiranya memang sesuai la dengan nama trailnya iaitu Kiulu Riverside Fun Trail. Pada asalny

Happy First Anniversary HSS!!

11/05/2018 - Happy First Anniversary Hiking Santai-Santai Group! Yeehaa.

TODAY, 09/03/2020 - HSS Third Anniversary. Busy month, celebrate later. ( Will be announced later by our captain )




Dan hari ini, kami ahli group Hiking Santai-Santai Ranau menyambut hari ulangtahun pertama penubuhan group hiking ini. Hemm kalau diikutkan tarikh sebenar penubuhan group Hiking Santai-Santai ini ialah pada 09 March 2017 oleh puan Julie sebagai kapten, namun oleh kerana ada hal-hal yang tidak dapat dielakkan maka sambutan ulangtahun pertama group ini telah ditangguhkan ke bulan May 2018. Oh tidak mengapa, yang penting tarikh dan masa sesuai dan ramai ahlinya dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut. Tak gitu? Maklum la kan, majoriti ahli HSS ini ialah ibu-ibu yang sibuk dan punya komitmen tersendiri. Hehe.

Kalau tidak silap aku la kan, ahli group Hiking Santai-Santai ini pada mulanya hanya terdiri dari kaum Hawa sahaja. Tapi itu bukan bermakna kami anti lelaki ya! Haha. Namun seiring waktu yang berjalan maka berlaku la penambahan ahli group dari kalangan kaum Adam pulak. Ada jugak la dalam empat lima orang gitu. Eh kurang pasti pulak aku berapa orang Adamnya dalam group ini, nanti aku cek ya. Hehe. Just kidding. Dan mengikut persetujuan ramai, majlis sambutan ulangtahun pertama group ini akan diadakan pada 11/05/2018, dan akan bermula pada sekitar jam 7 pm bertempat di Sungai Liwagu Cafe, pekan Ranau. (Sekadar makluman, tempat ini telah diambil-alih oleh Kak Ita Cafe). Happy memang happy la. Kenyang pulak satu hal. Alhamdulillah. Rosak diet kita orang ini tau. Hehehe.
















KERANA MINAT KAMI BERSATU. Benar. Kerana punya minat dan hobi yang sama kita telah menyatu di bawah satu payung persahabatan walaupun pada mulanya kita semua tidak saling mengenali. Tak kenal maka tak cinta. Benar. Bila dah saling kenal maka hati pun bertambah sayang pada Group Hiking Santai-Santai yang ceria ini.

Ikhlas dari hati si anteh Joy ini, THANKS EVERYONE! 😘

Opss, di sini ada sedikit sedutan video ketika sambutan ulangtahun pertama group Hiking Santai-Santai pada malam tersebut. Chill guys, enjoy! 😘



Comments

Popular posts from this blog

Tawai Waterfall - Tawai Rainforest Camp Telupid, Sabah.

Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Batu Punggul Sapulut, Nabawan Sabah

Bukit Bongol (Minonggui Hill) via Kinasaraban Trail, Kota Belud dan Peak Of Hope, Tuaran Sabah.