Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Image
03/02/2019 - Kiulu Riverside Fun Trail, 11.97 km, Kampung Pukak Kiulu Tamparuli Sabah menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai Ranau berhiking di hujung minggu untuk kali ini. Jaraknya agak jauh juga kan? Tapi jangan risau, trailnya ini sangat santai kerana tidak berbukit-bukau. Hehe. Okay sekitar jam 7.00 pagi kami telah pun sampai di pekan Kiulu dan menunggu kedatangan wakil dari pihak pengurusan Kiulu Riverside Fun Trail untuk membawa kami ke starting point trail yang bertempat di kampung Pukak Kiulu. Seperti biasa sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran para peserta dan mendengar sedikit taklimat dari ketua guide maka kami pun memulakan perjalanan. Laluan Kiulu Riverside Trail ini memang santai, tidak berbukit dan kami juga telah melalui beberapa kawasan kampung serta melintasi beberapa buah jambatan gantung dengan pemandangan sungai Kiulu sebagai latar di sepanjang perjalanan ini. Kiranya memang sesuai la dengan nama trailnya iaitu Kiulu Riverside Fun Trail. Pada asalny

Maragang Hill, Ranau Sabah

04/03/2018 - Kali ini group Hiking Santai-Santai beraktiviti hiking di tempat sendiri sahaja iaitu bertempat di Maragang Hill, kampung Mesilou Ranau Sabah. Ranau? Ya seperti yang kita tahu Ranau ni the coolest place in Sabah, tempat terletaknya Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara yang menjadi kebanggaan warga Ranau dan rakyat Malaysia amnya. Kami memilih laluan B (loop trail) yang agak jauh sedikit jaraknya berbanding laluan A (normal trail).

Maragang Hill yang berketinggian 2232 M dari aras laut ini telah dibuka secara rasminya kepada orang awam pada 16 September 2017 oleh komuniti setempat dan diuruskan oleh Mevoc Kampung Mesilou.




Gambar suasana Kampung Mesilou Ranau diwaktu pagi yang sempat aku snap, kelihatan sungguh indah berlatar-belakang Gunung Kinabalu. Pendakian kali ini turut disertai oleh beberapa group hiking dari sekitar daerah Ranau, Kota Belud dan juga Kota Kinabalu. Sebelum mula mendaki, kami bergambar kenangan terlebih dahulu bersama group lain dan juga para guide.








Jarak Maragang Hill ini hanya la sekitar 2 kilometer (4 km pergi dan balik bagi normal trail) dari starting point ke puncaknya namun trail yang agak becak dan licin kerana hujan pada hari sebelumnya sedikit menyukarkan perjalanan kami. Bagi yang memilih loop trail, jarak perjalanan adalah lebih kurang 4.3 km.
















Selesai! Jumpa lagi di lain bukit. Eh lupa, di sini ada sedikit sedutan video HSS di akhir pengembaraan menawan puncak Maragang Hill, dan anda hanya akan melalui jalan batuan sungai ini apabila memilih loop trail. Try la loop trail, best. Hehe.

Ps - Mulanya kan aku bagi pegang uncle guide henpon aku untuk snap gambar kita orang. Eh rajin pula dia rakam video sekali. Haha. Thanks uncle guide, i love it.





Comments

Popular posts from this blog

Tawai Waterfall - Tawai Rainforest Camp Telupid, Sabah.

Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Batu Punggul Sapulut, Nabawan Sabah

Bukit Bongol (Minonggui Hill) via Kinasaraban Trail, Kota Belud dan Peak Of Hope, Tuaran Sabah.