Posts

Showing posts from April, 2020

Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Image
03/02/2019 - Kiulu Riverside Fun Trail, 11.97 km, Kampung Pukak Kiulu Tamparuli Sabah menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai Ranau berhiking di hujung minggu untuk kali ini. Jaraknya agak jauh juga kan? Tapi jangan risau, trailnya ini sangat santai kerana tidak berbukit-bukau. Hehe. Okay sekitar jam 7.00 pagi kami telah pun sampai di pekan Kiulu dan menunggu kedatangan wakil dari pihak pengurusan Kiulu Riverside Fun Trail untuk membawa kami ke starting point trail yang bertempat di kampung Pukak Kiulu. Seperti biasa sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran para peserta dan mendengar sedikit taklimat dari ketua guide maka kami pun memulakan perjalanan. Laluan Kiulu Riverside Trail ini memang santai, tidak berbukit dan kami juga telah melalui beberapa kawasan kampung serta melintasi beberapa buah jambatan gantung dengan pemandangan sungai Kiulu sebagai latar di sepanjang perjalanan ini. Kiranya memang sesuai la dengan nama trailnya iaitu Kiulu Riverside Fun Trail. Pada asalny

Jom bersantai di Timbua Water Rafting, Ranau.

Image
30/09/2018 - Timbua Water Rafting (TWR), Kampung Timbua Ranau. Hahh siapa kata di Ranau tiada tempat untuk berafting? Ada ba, di saaana Kampung Timbua yang permai. Jauh-jauh Kiulu pun sanggup geng Hiking Santai-Santai datang untuk merasai sendiri pengalaman bermain rafting, takkan yang satu ni ditempat sendiri mau dikasi limpas-limpas kan. Support orang kita ba. Hehehe. Dan apa yang menarik di sini ialah Timbua Water Rafting menawarkan aktiviti Bamboo Water Rafting yang pertama di Malaysia. Naik bambu kita weii merentasi Sungai Sugud yang mengasyikkan. Yeehaa jom guys. Opss, apa-apa hal, kita breakfast dulu. Energy itu penting.  Tadaa. Kupi kupi kita guys.  Okay. Yuran yang dikenakan oleh pihak pengurusan TWR adalah sangat berpatutan yang mana ia merangkumi yuran masuk, breakfast, minum kopi di atas rakit, lunch, peralatan keselamatan dan semestinya River Guide yang berpengalaman. Aktiviti rakit bambu ini bermula di Kampung Merungin 1 sebagai starting point dan berakhir d

2Hills1Day - Bukit Kapur dan Tukad Gonipis, Ranau.

Image
29/09/2018 - Bukit Kapur, Kampung Toboh Lama Ranau. Dan sekali lagi kita beriadah dihari Sabtu 😆 Bergerak sekitar jam 9.30 pagi dari pekan Ranau menuju ke Kampung Toboh Lama Ranau. Makk aii, siap kita orang tersesat lagi mencari tempat ni tau. Haha. Ya, kali ini pun cuma kami bertiga ja jalan-jalan mencari bukit. Hiking ditengah hari buta yoo 😂😂 Hiking di Bukit Kapur, anda boleh memilih antara tiga pakej yang ditawarkan oleh pihak pengurusan. Pakej A dan Pakej B adalah pakej hiking, manakala Pakej C pula lebih kepada lawatan ke tapak pemprosesan kopi di kampung tersebut (Sumber pakej dari Facebook Bukit Kapur). Dan semestinya kami bertiga terpaksa memilih Pakej A yang berjarak hanya lebih kurang 1 km (hiking and platform viewing only) kerana kami kan hiking tanpa dirancang awal jadi terpaksa la pilih trail yang tidak memerlukan guide gitu. Hehe. Pakej B yang berjarak lebih kurang 4 km memang perlu guide untuk bergerak sama. Walaupun jarak p