Posts

Showing posts from May, 2020

Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Image
03/02/2019 - Kiulu Riverside Fun Trail, 11.97 km, Kampung Pukak Kiulu Tamparuli Sabah menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai Ranau berhiking di hujung minggu untuk kali ini. Jaraknya agak jauh juga kan? Tapi jangan risau, trailnya ini sangat santai kerana tidak berbukit-bukau. Hehe. Okay sekitar jam 7.00 pagi kami telah pun sampai di pekan Kiulu dan menunggu kedatangan wakil dari pihak pengurusan Kiulu Riverside Fun Trail untuk membawa kami ke starting point trail yang bertempat di kampung Pukak Kiulu. Seperti biasa sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran para peserta dan mendengar sedikit taklimat dari ketua guide maka kami pun memulakan perjalanan. Laluan Kiulu Riverside Trail ini memang santai, tidak berbukit dan kami juga telah melalui beberapa kawasan kampung serta melintasi beberapa buah jambatan gantung dengan pemandangan sungai Kiulu sebagai latar di sepanjang perjalanan ini. Kiranya memang sesuai la dengan nama trailnya iaitu Kiulu Riverside Fun Trail. Pada asalny

60 km KAR 2018, Kota Belud Sabah

Image
06/10/2018 - The best moments. Jalan-jalan cari bukit di Kota Belud Sabah negeri di bawah bayu. Hemm....macam mana ya? 😅Sebenarnya aku pun tidak tahu macam mana nak mulakan cerita yang satu ini. Sebabnya banyak benda yang berlaku tanpa disangka-sangka gitu. Haha. Okay la. Dipendekkan cerita, seperti biasa kami bertiga iaitu kak Jas, brader Ram dan saya sendiri teringin hiking dihari Sabtu, dan Kota Belud menjadi destinasi pilihan kami kali ini. Oh my God! Tanpa disangka, kami terserempak pula dengan mereka ni pihak penganjur KAR 60km 2018 yang kebetulan hendak pergi menanda route untuk Run KAR tu. Wahhh bertuahnya kami dapat join sama meninjau laluan-laluan yang akan dilalui oleh peserta Run KAR 2018 itu nanti. Haha punya best. Berpeluang hiking bersama mereka ni memang satu pengalaman indah bagi saya, sebabnya untuk pertama kalinya saya hiking ditempat yang saya sendiri pun tidak tahu starting pointnya dimana dan berapa kilometer perjalanan yang akan dilalui, dan keadaan trail itu ba