Posts

Showing posts from February, 2020

Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Image
03/02/2019 - Kiulu Riverside Fun Trail, 11.97 km, Kampung Pukak Kiulu Tamparuli Sabah menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai Ranau berhiking di hujung minggu untuk kali ini. Jaraknya agak jauh juga kan? Tapi jangan risau, trailnya ini sangat santai kerana tidak berbukit-bukau. Hehe. Okay sekitar jam 7.00 pagi kami telah pun sampai di pekan Kiulu dan menunggu kedatangan wakil dari pihak pengurusan Kiulu Riverside Fun Trail untuk membawa kami ke starting point trail yang bertempat di kampung Pukak Kiulu. Seperti biasa sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran para peserta dan mendengar sedikit taklimat dari ketua guide maka kami pun memulakan perjalanan. Laluan Kiulu Riverside Trail ini memang santai, tidak berbukit dan kami juga telah melalui beberapa kawasan kampung serta melintasi beberapa buah jambatan gantung dengan pemandangan sungai Kiulu sebagai latar di sepanjang perjalanan ini. Kiranya memang sesuai la dengan nama trailnya iaitu Kiulu Riverside Fun Trail. Pada asalny

2in1 - Kiulu White Water Rafting, Tamparuli and Bukit Botak Sepanggar, Kota Kinabalu Sabah

Image
5 Feb 2018 - Kali ini ahli group Hiking Santai-Santai becuti hiking. Kita bermain air di Sungai Kiulu, bertempat di Kondis Point Poturidong, Kiulu Tamparuli Sabah. Ya la orang bilang sekali-sekala bertukar angin, kita try pulak Kiulu White Water Rafting. Pasti best. Hehe. Level air di Sungai Kiulu ini cuma level 1 dan 2, kiranya sangat sesuai la untuk kita orang yang rata-rata baru pertama kali mencuba aktiviti rafting ini. Bagi diri anteh Joy sendiri ini adalah pengalaman pertama anteh Joy bermain rafting, so nervous tu memang nervous la. Risau pula aku jatuh dalam air tu, tidak pandai berenang satu hal. Haha. Tapi life jaket kan ada, dan mendengar penerangan dari ketua guide sungai yang berpengalaman iaitu encik Paulus serba-sedikit telah meredakan kerisauan hati anteh Joy ni. Aktiviti rafting kali ini cuma disertai oleh seramai sembilan orang SUMANDAK HSS dan kami memerlukan dua buah bot untuk aktiviti rafting ini. Selain aktiviti rafting, Kondis Point turut menawarkan beberapa pake

4Hills1Day - Kampung Takad Apin-Apin Keningau Sabah

Image
Misi menawan empat buah bukit dalam sehari. Macam best? Hemm. Kang pengsan aku, naya. Haha. Di sini bermula, 11 February 2018 tarikh keramat anteh Joy menyertai dunia hiking. First time aku hiking guys, seriously si anteh Joy ini tidak tahu apa benda yang patut dibawa kecuali drinking water. Kawan kata, saya seperti hendak pergi ke shopping mall. Haha.  Seramai 48 orang hiker dari pelbagai daerah dan group menyertai aktiviti hiking 4hills1day ini yang bertempat di kampung Takad Apin-Apin, Keningau Sabah. Bukit Kondilas, Tongkat Ali Trail, Bukit Janda dan juga Bukit Matanoi sebagai starting point pendakian. Berkenalan dengan mereka ini, rakan-rakan sekumpulan buat pertama kalinya. KERANA MINAT KAMI BERSATU sebagai tagline, group Hiking Santai-Santai Ranau ini diketuai oleh Puan Julie yang mana ahli kumpulannya adalah terdiri dari kaum Hawa yang sporting dan ceria. Pengalaman pertama kali hiking ini sangat mengujakan, dan penat. Serik?

I Don't Hike To Impress People Or To Win Races

Image
Once upon a time... Jauh, tinggi, curam, licin bercampur-aduk menjadi satu hingga menghasilkan rasa super penat, dan bila sudah penat dan terjumpa kawasan landai, hahh peduli la alam sekeliling yang penting aku baring rehat dulu ya! Nasihat by mr guide, jangan rehat more than two minutes nanti tambah tidak larat berjalan. Serik? I WANT MORE. Itu cerita dua tahun lepas ketika diri ini baru sahaja berkecimpung didalam dunia hiking yang mencabar dan menyeronokkan, dan sempena ulangtahun kedua si anteh Joy menyertai group kesayangan Hiking Santai-Santai Ranau, tiba-tiba terdetik di dalam hati, kenapa tidak saya abadikan saja kisah hiking kami ini ke dalam blog? Asyik kongsi gambar-gambar hiking dalam Facebook ja, adehh. Jadi guys begitu la cerita asal-usul kewujudan blog peribadi Borneo Sweetheart saya ini, dan semua cerita hiking selepas ini kebanyakannya hanya la sekadar throwback kisah hiking tahun-tahun lepas ya sehingga la ke latest update, inshaAllah. Hehe. O

Nature Lover

Image
Tawau Hills Park, Tawau Sabah - My happy moments with Momma Hikers Ranau. Jalan-jalan melihat the world's tallest Tropical Tree, 88.32 meters yang terdapat di Tawau Hills Park. Hiking yang tak dirancang, pakai jeans ja pun boleh gitu. Hehe. Yang tak bestnya ialah bila ada cik comel pacat melintang di jalan. Wheww geli. Ohh ini sebenarnya sekadar throwback cerita hiking pada tahun 2019 dan juga jalan-jalan cuci mata bergembira bersama rakan hikers dari group Momma Hikers Ranau. Full story tentang trip hiking aku bersama Momma Hikers yang awesome ini akan menyusul kemudian ya, sebab aku nak taip cerita ni biar ikut turutan tarikh la kononnya. Kiranya ini baru intro ja la. Hehe. Thanks for reading, see ya.