Posts

Showing posts from August, 2021

Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Image
03/02/2019 - Kiulu Riverside Fun Trail, 11.97 km, Kampung Pukak Kiulu Tamparuli Sabah menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai Ranau berhiking di hujung minggu untuk kali ini. Jaraknya agak jauh juga kan? Tapi jangan risau, trailnya ini sangat santai kerana tidak berbukit-bukau. Hehe. Okay sekitar jam 7.00 pagi kami telah pun sampai di pekan Kiulu dan menunggu kedatangan wakil dari pihak pengurusan Kiulu Riverside Fun Trail untuk membawa kami ke starting point trail yang bertempat di kampung Pukak Kiulu. Seperti biasa sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran para peserta dan mendengar sedikit taklimat dari ketua guide maka kami pun memulakan perjalanan. Laluan Kiulu Riverside Trail ini memang santai, tidak berbukit dan kami juga telah melalui beberapa kawasan kampung serta melintasi beberapa buah jambatan gantung dengan pemandangan sungai Kiulu sebagai latar di sepanjang perjalanan ini. Kiranya memang sesuai la dengan nama trailnya iaitu Kiulu Riverside Fun Trail. Pada asalny

2Hills1Day - Nuluh Kebayau Lapai, Telipok dan Bukit Janggut, Sepanggar Kota Kinabalu Sabah

Image
16/8/2018 - Jom jalan-jalan cari bukit di Kota Kinabalu Sabah. Nuluh Kebayau Lapai yang terletak di kampung Kebayau, Telipok menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai untuk beriadah pada minggu ini. Seperti biasa, sekitar subuh kami mula bergerak dari pekan Ranau ke Telipok Kota Kinabalu. Untuk mendaki Bukit Kebayau ini, kita akan berkumpul dan bertemu dengan Pihak Pengurusan Nuluh Kebayau di perkarangan sekolah Sk Kebayau Telipok sebagai starting point trail Nuluh Kebayau Lapai. Jarak Nuluh Kebayau ini ialah lebih kurang 9 km, moderate trail dan terdapat empat puncak bukit yang akan kita lalui iaitu puncak Nogutas, puncak Dongkungon, puncak Lapai dan puncak Segindai. Dari segi bayaran kemasukan pula, ketika ini tiada yuran khas yang dikenakan kepada para pendaki. Hanya sekadar wang sumbangan seikhlas hati ke dalam tabung Nuluh Kebayau yang mana wang sumbangan itu akan digunakan oleh pihak pengurusan untuk kerja-kerja penambahbaikan trail Nuluh Kebayau. Khidmat guide juga di

Padas River White Water Rafting, Tenom Sabah.

Image
02/12/2018 - Welcome to Tenom, Padas River White Water Rafting! Yuhuu come on guys! Hemm, Kiulu White Water rafting dah try, Timbua Water Rafting pun dah. Jadi kali ini kita try pula Padas River White Water Rafting. Orang bilang sungainya lebih mencabar dengan rapids grade III dan IV, serta jarak perjalanan lebih kurang 12 kilometer mengharungi sungai Padas. Eh nervous pulak anteh Joy dengar pasal kederasan airnya tapi semangat mahu mencuba tu tetap berkobar-kobar, tau?! Amboi. Hehe. Untuk aktiviti rafting kali ini, penyertaan ahli group HSS cuma enam orang sahaja. Kira okay la lepas juga syarat penyertaan minimum enam orang untuk satu kumpulan seperti mana yang ditetapkan oleh pihak pengurusan rafting ini. Plan perjalanan kami ke sini adalah seperti berikut.  Ranau-Beaufort-Tenom- Beaufort - Ranau. Perjalanan yang agak jauh juga untuk trip kali ini. Nampaknya kitaorang kena gerak lebih awal untuk sampai ke Beaufort supaya tidak terlepas train ke Tenom disebelah paginya. Are you ready