Posts

Showing posts from July, 2020

Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Image
03/02/2019 - Kiulu Riverside Fun Trail, 11.97 km, Kampung Pukak Kiulu Tamparuli Sabah menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai Ranau berhiking di hujung minggu untuk kali ini. Jaraknya agak jauh juga kan? Tapi jangan risau, trailnya ini sangat santai kerana tidak berbukit-bukau. Hehe. Okay sekitar jam 7.00 pagi kami telah pun sampai di pekan Kiulu dan menunggu kedatangan wakil dari pihak pengurusan Kiulu Riverside Fun Trail untuk membawa kami ke starting point trail yang bertempat di kampung Pukak Kiulu. Seperti biasa sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran para peserta dan mendengar sedikit taklimat dari ketua guide maka kami pun memulakan perjalanan. Laluan Kiulu Riverside Trail ini memang santai, tidak berbukit dan kami juga telah melalui beberapa kawasan kampung serta melintasi beberapa buah jambatan gantung dengan pemandangan sungai Kiulu sebagai latar di sepanjang perjalanan ini. Kiranya memang sesuai la dengan nama trailnya iaitu Kiulu Riverside Fun Trail. Pada asalny

Kokol Hill via Lintong Trail, Natai Eco-Tourism, Kota Kinabalu Sabah.

Image
14/10/2018 - Jalan-jalan cuci mata di Bukit Kokol via Lintong Trail. Yeehaa. Tapi kali ini anteh Joy cuma mahu share gambar-gambar kenangan sepanjang perjalanan kami iaitu group Hiking Santai-Santai Ranau bersama beberapa group hiking lain dalam misi menawan Kokol Hill via Lintong Trail, Natai Eco-Tourism Kota Kinabalu Sabah. Terdapat tiga pakej hiking yang ditawarkan iaitu Pakej A - Lobou-Lobou Trail 6.8 km. Pakej B - Kokol Hill via Lintong Trail 7.3 km dan Pakej C - Timpak Batu via Lintong Trail 10.2 km. Kami memilih pakej B, medium trail. Orang bilang, jaraknya tu okay la kan tidak terlalu jauh tidak terlalu singkat gitu, lebih kurang 7.3 km. Okay check it out guys. Then, next photo sudah semestinya gambar-gambar solo anteh Joy berselfie di trail, serta gambar bersama rakan-rakan HSS la sekali okay. Boleh gitu? Boleh. Dan biar la gambar berbicara ya. Anteh Joy hamburkan saja gambar-gambar kami beraksi di sepanjang perjalanan trail Bukit Kokol itu. Keadaan