Posts

Showing posts from March, 2020

Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Image
03/02/2019 - Kiulu Riverside Fun Trail, 11.97 km, Kampung Pukak Kiulu Tamparuli Sabah menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai Ranau berhiking di hujung minggu untuk kali ini. Jaraknya agak jauh juga kan? Tapi jangan risau, trailnya ini sangat santai kerana tidak berbukit-bukau. Hehe. Okay sekitar jam 7.00 pagi kami telah pun sampai di pekan Kiulu dan menunggu kedatangan wakil dari pihak pengurusan Kiulu Riverside Fun Trail untuk membawa kami ke starting point trail yang bertempat di kampung Pukak Kiulu. Seperti biasa sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran para peserta dan mendengar sedikit taklimat dari ketua guide maka kami pun memulakan perjalanan. Laluan Kiulu Riverside Trail ini memang santai, tidak berbukit dan kami juga telah melalui beberapa kawasan kampung serta melintasi beberapa buah jambatan gantung dengan pemandangan sungai Kiulu sebagai latar di sepanjang perjalanan ini. Kiranya memang sesuai la dengan nama trailnya iaitu Kiulu Riverside Fun Trail. Pada asalny

Poturu Hill Gumandang Kudat, Sabah.

Image
23/09/2018 - Dari Ranau ke Kudat geng Hiking Santai-Santai mencari bukit. Maka sampai la kita di Sk. Gumandang, tempat terletaknya Poturu Hill Gumandang Kudat. Apa yang menarik di Poturu Hill ini? Jom kita tinjau. Jarak Poturu Hill ini cuma lebih kurang 2 km sahaja dan starting pointnya ialah di kawasan sekolah rendah SK. Gumandang. Geng HSS sempat bergambar kenangan dengan cikgu SK Gumandang selaku wakil pihak pengurusan Poturu Hill. Wefie itu harus guys. Walaupun jarak perjalanan ke puncak agak dekat namun keseronokan itu tetap ada apabila tiba di puncak bukit Poturu Gumandang. Yang pasti, panas tu memang panas la. Maklum la area dekat dengan laut kan. Dan tidak lupa juga anteh Joy bergambar kenangan bersama dengan cik guide hari itu. Selamba ja dia naik bukit pakai selipar, dah biasa dengan tempat tu kan. Hehe. Puas berwefie selfie di puncak maka bergerak turun la kami kembali ke starting point. Ehh, takkan itu ja?? Hahh siapa kata itu ja. Antara benda

Kimolohing Hill, Ranau Sabah.

Image
22/09/2018 - Bukit Kimolohing, Kampung Kimolohing, Ranau Sabah. Sekali-sekala kita hiking di hari Sabtu pulak. Hehe. Kampung Kimolohing ni terletak tidak jauh dari pekan Ranau. Kiranya kampung area pekan la. Simpang masuk ke kampung ni, tu hahh depan Balai Polis Ranau tu ja. Senang cari. Sebenarnya, ahli-ahli HSS yang lain sudah pernah hiking di sini. Kebetulan kami pula free hari Sabtu ni jadi pergi la kami hiking di sini. Selain kami, terdapat juga beberapa orang hiker dari group lain turut serta dalam pendakian hari ini. Jarak Kimolohing Hill ini hanya lebih kurang 1.5 km, easy trail namun pemandangan di sekitar perjalanan ke puncak tidak la membosankan. Seperti biasa, berselfie itu harus guys. Err, dah macam tumbuhan bergerak pulak si anteh Joy di situ, boleh la main hide and seek gitu. Hehe. Hijau itu menyegarkan, okay. Dan sedikit sedutan video di jalan. Jangan terkejut dengar suara burung hantu menyahut panggilan kaptennya ya. Hehe just kidding guys. Bukit

Happy First Anniversary Maragang Hill!

Image
16/09/2018 - Ulangtahun pertama Maragang Hill, Kampung Mesilou Ranau Sabah. Seperti mana yang kita maklum, Maragang Hill ini telah dibuka secara rasminya kepada orang ramai pada 16 September 2017. Berkongsi tarikh pula dengan sambutan Malaysia Day. Hehe. Sudah tentu la group Hiking Santai-Santai juga tidak mahu melepaskan peluang  untuk bersama-sama dalam memeriahkan majlis sambutan ulangtahun pertama pembukaan Maragang Hill ini yang bertempat di puncak Maragang Hill. Jom para hiker sekalian kita hiking beramai-ramai. Wow, sambutan yang sangat menggalakkan dari hikers tempatan, dalam dan luar daerah Ranau. Lebih kurang 500 penyertaan telah diterima oleh pihak pengurusan Maragang Hill, kalau si anteh Joy tidak silap la. Hehe. Cuma untuk kali ini, semua peserta hanya akan dibenarkan melalui laluan Normal Trail sahaja. Apa yang lebih menarik, MP Ranau YB Jonathan Yasin selaku Perasmi Majlis akan bersama para hiker mendaki Maragang Hill hingga ke puncak. Caya la Yb!

Langanan Waterfall, Poring Hot Spring Ranau Sabah.

Image
I'm back, daddy! 11/09/2018 - Sebulan lebih aku berehat hiking. Tiba-tiba teringin hiking, dan kawan pun kebetulan mau hiking juga, jadi pergi la kami bertiga hiking di Air Terjun Langanan yang terletak di Kolam Air Panas Poring Ranau. Kami bergerak ke Poring dalam sekitar jam 9.30 pagi. Tujuan memang sekadar untuk hiking la, bukan untuk jadi badak berendam dalam kolam dan tidak terfikir pun membawa baju spare untuk ganti pakaian gitu. Jarak ke air terjun Langanan ini adalah lebih kurang 4 km dari starting point. Dengan ketinggian lebih kurang 120 meter, air terjun Langanan merupakan air terjun tertinggi di Sabah. Sebelum sampai ke air terjun tertinggi ini, anda juga akan melalui air terjun Kipungit dan gua Kelawar. Sebenarnya mereka ini kawan sekumpulan juga, group Hiking Santai-Santai. Kiranya kami ini baru berkenalan la. Kenal kak Jas masa bersantai di Damai Eco Ranch hari tu. Dan kenal brader Ram ni pulak baru hari ni la, ahli baru group HSS.  Cuaca tidak terasa