Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Image
03/02/2019 - Kiulu Riverside Fun Trail, 11.97 km, Kampung Pukak Kiulu Tamparuli Sabah menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai Ranau berhiking di hujung minggu untuk kali ini. Jaraknya agak jauh juga kan? Tapi jangan risau, trailnya ini sangat santai kerana tidak berbukit-bukau. Hehe. Okay sekitar jam 7.00 pagi kami telah pun sampai di pekan Kiulu dan menunggu kedatangan wakil dari pihak pengurusan Kiulu Riverside Fun Trail untuk membawa kami ke starting point trail yang bertempat di kampung Pukak Kiulu. Seperti biasa sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran para peserta dan mendengar sedikit taklimat dari ketua guide maka kami pun memulakan perjalanan. Laluan Kiulu Riverside Trail ini memang santai, tidak berbukit dan kami juga telah melalui beberapa kawasan kampung serta melintasi beberapa buah jambatan gantung dengan pemandangan sungai Kiulu sebagai latar di sepanjang perjalanan ini. Kiranya memang sesuai la dengan nama trailnya iaitu Kiulu Riverside Fun Trail. Pada asalny

Langanan Waterfall, Poring Hot Spring Ranau Sabah.

I'm back, daddy!

11/09/2018 - Sebulan lebih aku berehat hiking. Tiba-tiba teringin hiking, dan kawan pun kebetulan mau hiking juga, jadi pergi la kami bertiga hiking di Air Terjun Langanan yang terletak di Kolam Air Panas Poring Ranau. Kami bergerak ke Poring dalam sekitar jam 9.30 pagi. Tujuan memang sekadar untuk hiking la, bukan untuk jadi badak berendam dalam kolam dan tidak terfikir pun membawa baju spare untuk ganti pakaian gitu.

Jarak ke air terjun Langanan ini adalah lebih kurang 4 km dari starting point. Dengan ketinggian lebih kurang 120 meter, air terjun Langanan merupakan air terjun tertinggi di Sabah. Sebelum sampai ke air terjun tertinggi ini, anda juga akan melalui air terjun Kipungit dan gua Kelawar.




Sebenarnya mereka ini kawan sekumpulan juga, group Hiking Santai-Santai. Kiranya kami ini baru berkenalan la. Kenal kak Jas masa bersantai di Damai Eco Ranch hari tu. Dan kenal brader Ram ni pulak baru hari ni la, ahli baru group HSS. 




Cuaca tidak terasa begitu panas bila hiking di sini, redup ja. Cuma itu ja la, cik comel pacat meriah di jalan di bahagian atas bukit tu, area bawah bukit tu masih clear lagi tiada pacat. Oh are you sure, anteh Joy?! 😂




Dan tanpa disangka hujan renyai mulai turun dan semakin lebat beberapa ratus meter sebelum kami sampai di Langanan Waterfall tu. Apa lagi, melompat riang la cik comel pacat kita. Wheww geli aku weii. Jadi, cuma sekeping gambar ja la anteh Joy sempat snap di Langanan Waterfall tu. Oii nda la aku mau berlama-lamaan di sini time hujan lebat ni, nda kurela digigit pacat!  Haha.



Aku fikir, aku selamat dari gigitan pacat. Tidak sedar seekor sempat bertempek di muka. Agak lama jugak sembuh bekas gigitannya tu. Haihh la pacat, kang aku spray kau guna spray anti pacat tu baru padan muka kau.

Ok dah 😘


Comments

Popular posts from this blog

Tawai Waterfall - Tawai Rainforest Camp Telupid, Sabah.

Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Batu Punggul Sapulut, Nabawan Sabah

Bukit Bongol (Minonggui Hill) via Kinasaraban Trail, Kota Belud dan Peak Of Hope, Tuaran Sabah.