Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Image
03/02/2019 - Kiulu Riverside Fun Trail, 11.97 km, Kampung Pukak Kiulu Tamparuli Sabah menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai Ranau berhiking di hujung minggu untuk kali ini. Jaraknya agak jauh juga kan? Tapi jangan risau, trailnya ini sangat santai kerana tidak berbukit-bukau. Hehe. Okay sekitar jam 7.00 pagi kami telah pun sampai di pekan Kiulu dan menunggu kedatangan wakil dari pihak pengurusan Kiulu Riverside Fun Trail untuk membawa kami ke starting point trail yang bertempat di kampung Pukak Kiulu. Seperti biasa sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran para peserta dan mendengar sedikit taklimat dari ketua guide maka kami pun memulakan perjalanan. Laluan Kiulu Riverside Trail ini memang santai, tidak berbukit dan kami juga telah melalui beberapa kawasan kampung serta melintasi beberapa buah jambatan gantung dengan pemandangan sungai Kiulu sebagai latar di sepanjang perjalanan ini. Kiranya memang sesuai la dengan nama trailnya iaitu Kiulu Riverside Fun Trail. Pada asalny

Singkug Hill and Guabon Waterfall




11/03/2018 - Singkug Hill and Guabon Waterfall, Kampung Bayayat Kota Belud Sabah menjadi destinasi geng Hiking Santai-Santai minggu ini. Yeehaa. Dengan jarak lebih kurang 4.2 km, pendaki boleh memilih antara dua route iaitu :
1 - Route A ( Extreme hike )
2 - Route B ( Recreational hike )

Dan sudah semestinya kami memilih Route A yang lebih adventure gitu. Hehehe. Okay check it out guys.












Walaupun jarak Singkug Hill ini agak dekat tetapi laluan bertali dan pacak buat anteh Joy semput dan hampir pengsan okayy. Haha. Just kidding. Tapi memang pacak la juga laluannya ni dan kita akan melalui Bukit Doa dahulu Sebelum tiba ke puncak Bukit Singkug. Hemm, dalam hampir pengsan tu anteh Joy masih sempat merakam video, tau?! Haha. Ya la tu anteh Joy, layan ja la. Feel free to watch ya.












Kami berehat-rehat sebentar di puncak Bukit Singkug sambil makan sedikit bekal makanan yang dibawa dan menikmati pemandangan di sekitarnya. Kiranya kami kumpul tenaga la ni sebelum meneruskan perjalanan ke Guabon Waterfall. Oh yeaah waterfall guys, boleh mandi-manda ni. Wow.










Sampai di Guabon Waterfall, kawan-kawan ambil kesempatan mandi-manda. Anteh Joy pula malas mandi, jadi pemerhati ja la ya. Best kan dorang mandi. Biar la anteh Joy jadi dugong atas batu ja. Selepas mandi-manda kami pun meneruskan perjalanan yang masih berbaki beberapa kilometer ke ending point. Lets go guys.




Penat, panas, dan lapar. Ohh perutku berdendang sayang minta diisi, lapar oh lapar yo. Oh ya, untuk pakej hiking ini kita boleh request untuk lunch set sekali cuma itu ja la wang pengerasnya harus ditambah sedikit ya guys. Nevermind, yang penting kita MAKAN.

Alhamdulillah, geng Hiking Santai-Santai selamat sampai ke garisan penamatnya di Kampung Bayayat dan dijemput datang ke rumah kediaman puan Suzy yang mewakili pihak pengurusan Singkug Hill untuk menikmati juadah tengahari yang telah disediakan. Nah, antara benda yang susah dilupakan bila hiking di Singkug Hill and Guabon Waterfall ini? Menu makanannya. Apa sebab anteh Joy cakap gitu? Okay, juadahnya yang sungguh membuka selera membuatkan anteh Joy top up nasi tanpa segan-silu. Hehe. Ya menu simple ja sayuran kampung, sayur pucuk ubi, kerabu jantung pisang, ikan masin berlada. Ko rasa? Kalah KFC weii, punya sedap tu. Haha.




Pengurusan yang mantap. Tahniah kepada semua yang terlibat. Dan tahniah juga buat diri sendiri kerana berjaya menawan Singkug Hill and Guabon Waterfall. Selesai cerita di Kampung Bayayat Kota Belud maka kami pun bergerak balik ke daerah tercinta, My Lovely Ranau. Ehemm, bukan geng Hiking Santai-santai namanya kalau tidak menyinggah di mana-mana selepas hiking. Aiskrim gula apong Kota Belud memikat jiwa para anteh ni. Jom singgah dan tapau guys. Ya la bukan selalu kan ke sini, so mesti cuba.




Okay selesai. Eh belum selesai lagi la. Kita orang juga sempat menyinggah ke pantai Rampaian Laut Kota Belud. Saja singgah ambil angin laut sebentar. Maklum la kan Ranau tiada laut. Hehe. Okay selesai aktiviti di Kota Belud Sabah, jom balik Ranau. Thanks for reading guys. Jumpa di lain bukit.





   

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tawai Waterfall - Tawai Rainforest Camp Telupid, Sabah.

Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Batu Punggul Sapulut, Nabawan Sabah

Bukit Bongol (Minonggui Hill) via Kinasaraban Trail, Kota Belud dan Peak Of Hope, Tuaran Sabah.