Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Image
03/02/2019 - Kiulu Riverside Fun Trail, 11.97 km, Kampung Pukak Kiulu Tamparuli Sabah menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai Ranau berhiking di hujung minggu untuk kali ini. Jaraknya agak jauh juga kan? Tapi jangan risau, trailnya ini sangat santai kerana tidak berbukit-bukau. Hehe. Okay sekitar jam 7.00 pagi kami telah pun sampai di pekan Kiulu dan menunggu kedatangan wakil dari pihak pengurusan Kiulu Riverside Fun Trail untuk membawa kami ke starting point trail yang bertempat di kampung Pukak Kiulu. Seperti biasa sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran para peserta dan mendengar sedikit taklimat dari ketua guide maka kami pun memulakan perjalanan. Laluan Kiulu Riverside Trail ini memang santai, tidak berbukit dan kami juga telah melalui beberapa kawasan kampung serta melintasi beberapa buah jambatan gantung dengan pemandangan sungai Kiulu sebagai latar di sepanjang perjalanan ini. Kiranya memang sesuai la dengan nama trailnya iaitu Kiulu Riverside Fun Trail. Pada asalny

Bukit Bendera and Wasai Waterfall Ponohuan Trail, Tegudon Tourism Village - Happy Eid Mubarak HSS!

01/07/2018 - Bukit Bendera dan Wasai Waterfall, Tegudon Tourism Village Kota Belud Sabah. Group Hiking Santai-Santai kembali beraksi setelah sebulan berehat hiking sempena memberi laluan kepada bulan Ramadhan. Ehh betul kah kita cuti hiking sebulan? Macam lebih sebulan la sebab geng HSS masih sibuk beraya, banyak jemputan open house kan, makan-makan kita. Huhu. Okay nevermind, yang penting minggu ini kitaorang dah kembali beraksi semula di perbukitan walaupun masih dalam mood raya.




Tapi sebelum itu anteh Joy mahu membebel sikit la ya. Sila sediakan telinga anda untuk mendengar bebelannya. Uhukk. Hehe okay la, yang serius punya. Oleh sebab cerita-cerita hiking group Hiking Santai-Santai ini hanya la sekadar throwback kisah hiking tahun-tahun lepas jadi ada certain part tu yang si anteh Joy ini sendiri pun sudah ingat-ingat lupa kisahnya macam mana. Mungkin aku tidak dapat ceritakan kisahnya secara detail, bagi gambaran secara kasar pun jadi la ya. Lagi satu. Sebenarnya dah banyak hutan dan bukit yang telah ditawan oleh geng HSS ini cuma itu ja la ada beberapa trip hiking tu yang saya sendiri pun tidak dapat join atas sebab-sebab tertentu. Jadi apa yang dapat saya kongsikan di dalam blog ini hanyalah sekadar trip yang saya ada join sama.

Okay, sambung kisah hiking group Hiking Santai-Santai Ranau di Bukit Bendera dan Wasai Waterfall di Tegudon Tourism Village, Kota Belud Sabah. Seperti biasa, kami mula bergerak dari rumah masing-masing menuju ke pekan Ranau selepas Subuh. Berkumpul di tempat biasa berhampiran dengan Pasar Harian Ranau sambil menunggu kedatangan van yang disewa khas untuk membawa kami ke tempat destinasi hiking itu. Opss, terdetail pulak dah. Tapi memang betul la kami akan mula bergerak seawal pagi dari pekan Ranau bergantung kepada jarak perjalanan tempat yang dituju. Maksudnya semakin jauh jarak perjalanan maka semakin awal la kami akan bergerak dari Ranau kerana ingin mengejar masa sesi pendaftaran peserta hiking disebelah pagi.
























Jarak Bukit Bendera dan Wasai Waterfall Ponohuan Trail ini adalah lebih kurang 12 km ( loop trail ). Kalau tidak silap, jarak dari starting point ke puncak Bukit Bendera ialah lebih kurang 4 km dan terdapat juga laluan wet trail yang mana kita akan melalui anak-anak sungai di sepanjang jalan hutan itu. Berehat sebentar di Bukit Bendera sebelum kami meneruskan perjalanan ke Wasai Waterfall dan setibanya di Wasai Waterfall, kami pun mula bersiap-sedia untuk pergi beraya. Kan raya itu sebulan. Tadaaa. Guide kata, kami la group hiking pertama yang beraya di tepian air terjun ini. Haha. Yang penting kita enjoy guys.






Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di sepanjang jalan balik ke starting point. Alahai hujan ni tak sporting langsung. Hahh sebab itu la kenapa kita harus sentiasa membawa baju spare apabila hiking ni. Ingat tu, harus bawa okay.

Tegudon Tourism Village - Selain daripada day trip hiking ni, banyak aktiviti lain yang boleh kita lakukan di sini seperti camping dan lain-lain. More info boleh cek dekat Facebook Page mereka, pasti puas hati dan berbaloi bila beraktiviti di Tegudon Tourism Village ( TTV ) ini. Try la. Hehe. Okay guys, anteh Joy stop membebel di sini. Jumpa lagi di lain bukit. See ya.


Comments

Popular posts from this blog

Tawai Waterfall - Tawai Rainforest Camp Telupid, Sabah.

Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Batu Punggul Sapulut, Nabawan Sabah

Bukit Bongol (Minonggui Hill) via Kinasaraban Trail, Kota Belud dan Peak Of Hope, Tuaran Sabah.