Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Image
03/02/2019 - Kiulu Riverside Fun Trail, 11.97 km, Kampung Pukak Kiulu Tamparuli Sabah menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai Ranau berhiking di hujung minggu untuk kali ini. Jaraknya agak jauh juga kan? Tapi jangan risau, trailnya ini sangat santai kerana tidak berbukit-bukau. Hehe. Okay sekitar jam 7.00 pagi kami telah pun sampai di pekan Kiulu dan menunggu kedatangan wakil dari pihak pengurusan Kiulu Riverside Fun Trail untuk membawa kami ke starting point trail yang bertempat di kampung Pukak Kiulu. Seperti biasa sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran para peserta dan mendengar sedikit taklimat dari ketua guide maka kami pun memulakan perjalanan. Laluan Kiulu Riverside Trail ini memang santai, tidak berbukit dan kami juga telah melalui beberapa kawasan kampung serta melintasi beberapa buah jambatan gantung dengan pemandangan sungai Kiulu sebagai latar di sepanjang perjalanan ini. Kiranya memang sesuai la dengan nama trailnya iaitu Kiulu Riverside Fun Trail. Pada asalny

Bonama Hill ( Bukit Tompong ) - My Lovely Village -

01/04/2018 - Bonama Hill, Kampung Bongkud Ranau Sabah, kampungku yang permai. Mak aiii, sejak bila ada Bonama Hill ni?? Bukit baru buka ya? Opss..okay la. Anteh Joy memandai-mandai namakan Bukit Tompong aka Bukit Gondol Kampung Bongkud ini sebagai Bonama Hill. Ehh bukan ka cantik namanya tu, Bonama Hill.  Cantik kan. Haha. Okay la, sebenarnya gini. Kampung Bongkud dan Kampung Namaus itu terletak dalam area yang sama. Hemm how to explain ah? Okay. Sebahagian penduduk kampung Namaus itu tinggal di dalam kawasan Kampung Bongkud dan begitu la sebaliknya. Sebut ja nama kampung Bongkud Namaus hahh orang kampung tau la tu di mana tempatnya. Kiranya boleh la guna istilah "kita-kita juga baini", hahh gitu la lebih kurangnya. Sepertimana nama pasukan bolasepak kampung, Bonama FC ( Bongkud Namaus FC ),  yang dinamakan oleh para belia Kampung Bongkud Namaus, jadi apa la salahnya kan kalau si anteh Joy ini berikan pula nama baru Bukit Tompong / Bukit Gondol / Bukit Doa itu sebagai Bukit Bonama. Satu bukit empat nama, mana mau cari ohh. Haha. Tapi kan anteh Joy tertanya-tanya pula ni, napa ya dah dua minggu berturut-turut anteh hiking bersendirian tanpa group HSS? Agaknya time ni group masih bercuti hiking kerana ahli-ahlinya ada komitmen lain. Maklum la kan group hiking ibu-ibu banyak komitmennya. Hehe. Ke anteh Joy yang tidak terjoin group hiking minggu ni?? Entah la, tak ingat. Biasa la, kan ceritanya ni sudah dua tahun berlalu. Okay nevermind. Huhu. So minggu ini anteh Joy kembali mendaki bukit "Satu bukit empat nama" ini buat kali ketiga, dan kali ini anteh pergi bersama kakak ipar, kak Ezie's mom.




Sekadar makluman, Bonama Hill ini mempunyai dua laluan untuk ke puncak. Saya namakan sebagai laluan A dan laluan B yang mana laluan A itu starting pointnya berhampiran dengan SIB church, dan starting point laluan B pula berhampiran dengan kebun sawit Datuk Unsu tu. Adehh memandai-mandai lagi si anteh Joy ni memberi nama laluan A dan B. Hahaha jangan marah. Pada minggu sebelumnya, anteh Joy telah memilih laluan A, jadi minggu ini anteh memilih laluan B pula. Laluannya agak pacak sedikit tapi still okay la budak kecil pun boleh sampai, don't worry.














Info tambahan, jika anda memilih laluan A ini anda akan dapat melihat view kampung Bongkud menghala ke arah sekolah rendah kebangsaan Bongkud dan view sekitar Maktab Teologi Sabah, manakala laluan B pula viewnya lebih menghala ke kampung Bongkud dan area roundabout jalanraya Bongkud - Marak parak. Bezanya pendakian kali ini ialah anteh Joy jadikan laluannya sebagai loop trail yang mana kami akan turun ke bawah melalui laluan A dari puncak bukit. Oh satu benda yang terlupa time ni, bergambar di dataran puncak Bukit Tompong. Ya la, kan minggu lepas sudah bergambar di puncak jadi rasa excited bergambar tu kurang sedikit. Hehehe. Adehh panjang lebar pulak cerita Bonama Hill / Bukit Tompong / Bukit Gondol / Bukit Doa ni tau. Sudah-sudah la tu anteh Joy, enough. Haha. Okay la, jumpa di lain bukit. See ya.

Comments

Popular posts from this blog

Tawai Waterfall - Tawai Rainforest Camp Telupid, Sabah.

Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Batu Punggul Sapulut, Nabawan Sabah

Bukit Bongol (Minonggui Hill) via Kinasaraban Trail, Kota Belud dan Peak Of Hope, Tuaran Sabah.