Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Image
03/02/2019 - Kiulu Riverside Fun Trail, 11.97 km, Kampung Pukak Kiulu Tamparuli Sabah menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai Ranau berhiking di hujung minggu untuk kali ini. Jaraknya agak jauh juga kan? Tapi jangan risau, trailnya ini sangat santai kerana tidak berbukit-bukau. Hehe. Okay sekitar jam 7.00 pagi kami telah pun sampai di pekan Kiulu dan menunggu kedatangan wakil dari pihak pengurusan Kiulu Riverside Fun Trail untuk membawa kami ke starting point trail yang bertempat di kampung Pukak Kiulu. Seperti biasa sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran para peserta dan mendengar sedikit taklimat dari ketua guide maka kami pun memulakan perjalanan. Laluan Kiulu Riverside Trail ini memang santai, tidak berbukit dan kami juga telah melalui beberapa kawasan kampung serta melintasi beberapa buah jambatan gantung dengan pemandangan sungai Kiulu sebagai latar di sepanjang perjalanan ini. Kiranya memang sesuai la dengan nama trailnya iaitu Kiulu Riverside Fun Trail. Pada asalny

Batu Punggul Sapulut, Nabawan Sabah

04/11/2018 - Dari Ranau kita ke Sapulut Nabawan, membawa misi menawan puncak Batu Punggul. Yeehaa. Siapa sangka di tengah hutan hujan Khatulistiwa di pedalaman Borneo ada terdapat sebuah bongkah batu kapur yang berdiri megah, diberi nama Batu Punggul oleh penduduk setempat. Dengan ketinggian lebih kurang 300 meter dan 90 darjah kecerunan, pastinya bongkah batu kapur ini menarik minat para pencinta aktiviti lasak untuk menerokainya. Okay berbalik kepada group Hiking Santai-Santai Ranau. Seperti biasa, seawal subuh kami mula bergerak ke Keningau dan singgah bersarapan pagi sementara menunggu kehadiran guide mr.Kick yang akan mengetuai rombongan pendakian HSS kali ini. Oh of course, tengah sarapan pun kitaorang sempat berwefie untuk kenang-kenangan. Selfie wefie itu harus guys. Haha.










Selepas sarapan, perjalanan diteruskan dengan jarak lebih kurang 122 kilometer  dari pekan Keningau ke kampung Tataluan Nabawan. Agak jauh juga kan, sempat tidur-tidur ayam kumpul tenaga untuk pendakian nanti. Hehe. Untuk sampai ke starting point Batu Punggul, anda boleh memilih perjalanan meredah hutan dari kampung Tataluan Ke Batu Punggul, atau menaiki bot dari jeti kampung Tataluan ke starting point Batu Punggul. Oh ya, Batu Punggul ini terletak berhampiran tebing sungai Sapulut. Perjalanan meredah hutan mengambil masa lebih kurang 50 minit sementara menaiki bot pula mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke hulu sungai tersebut. Group HSS memilih untuk menaiki bot untuk menjimatkan masa perjalanan.




















Berkumpul di tebing sungai Sapulut sementara menunggu kehadiran semua ahli HSS untuk diberi taklimat sebelum pendakian bermula. Group photo itu harus ya! Perjalanan dari tebing sungai ke starting point Batu Punggul pula mengambil masa lebih kurang 10 minit. Dan sesungguhnya wahai para hiker, jangan lupa memakai glove apabila mendaki Batu Punggul ini. Kalau tak, calar-balar tapak tangan you i cakap lu. Huhu. Kekuatan cengkaman tangan pada tali-tali diperlukan untuk mendaki batu ini, begitu juga dengan setiap hayunan langkah kaki perlu extra hati-hati guys. Dan paling penting, harus dengar dan ikuti setiap arahan guide untuk keselamatan diri sendiri. Perjalanan untuk sampai ke puncak Batu Punggul mengambil masa lebih satu jam. Okayy tadaa, kita dah sampai puncak. Check it out.
















Alhamdulillah, kitaorang selamat turun ke bawah semula. Dan sekali lagi sempat bergambar group photo di bawah Batu Punggul tu, photo kenangan after mission accomplished gitu. Destinasi seterusnya adalah gua Batu Tinahas yang mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan dari Batu Punggul. But sorry guys, pasal gua Batu Tinahas ni aku tak boleh cerita lebih-lebih. Pasal apa? Sebabnya aku dan beberapa orang kawan patah-balik ke tebing sungai setelah tiba di kawasan luar gua batu Tinahas tu. Maksudnya, kami tak join masuk ke dalam gua. Hehe. Hujan dah mula turun guys, tidak rela aku digigit pacat. Haha. Menurut info, gua batu Tinahas ini dihuni ratusan ekor kelawar dan pemandangan di dalam gua juga sangat mengujakan. Hemm, maybe one day aku akan ke sini semula untuk melihat sendiri keadaan di dalam gua tersebut, inshaAllah.

Okay la, sampai di sini sahaja cerita hiking aku dan HSS dalam misi menawan puncak Batu Punggul Sapulut Nabawan. Lagi pun aku kekurangan idea untuk membebel, maklum la dah setahun tak menaip cerita hiking ni. La ni baru ada mood nak bukak cerita semula. Haha. Jumpa dilain bukit guys, see ya 😘

Comments

Popular posts from this blog

Tawai Waterfall - Tawai Rainforest Camp Telupid, Sabah.

Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Bukit Bongol (Minonggui Hill) via Kinasaraban Trail, Kota Belud dan Peak Of Hope, Tuaran Sabah.