Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Image
03/02/2019 - Kiulu Riverside Fun Trail, 11.97 km, Kampung Pukak Kiulu Tamparuli Sabah menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai Ranau berhiking di hujung minggu untuk kali ini. Jaraknya agak jauh juga kan? Tapi jangan risau, trailnya ini sangat santai kerana tidak berbukit-bukau. Hehe. Okay sekitar jam 7.00 pagi kami telah pun sampai di pekan Kiulu dan menunggu kedatangan wakil dari pihak pengurusan Kiulu Riverside Fun Trail untuk membawa kami ke starting point trail yang bertempat di kampung Pukak Kiulu. Seperti biasa sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran para peserta dan mendengar sedikit taklimat dari ketua guide maka kami pun memulakan perjalanan. Laluan Kiulu Riverside Trail ini memang santai, tidak berbukit dan kami juga telah melalui beberapa kawasan kampung serta melintasi beberapa buah jambatan gantung dengan pemandangan sungai Kiulu sebagai latar di sepanjang perjalanan ini. Kiranya memang sesuai la dengan nama trailnya iaitu Kiulu Riverside Fun Trail. Pada asalny

Tawai Waterfall - Tawai Rainforest Camp Telupid, Sabah.

29/07/2018 - Tawai Waterfall Telupid, Sabah Land Below the Wind. The second tallest waterfall in Sabah!




Tawai Rainforest Camp merupakan pusat rekreasi pelancongan yang berada lebih kurang 5 km dari pekan Telupid. Tawai Waterfall dan Tawai Rainforest ini terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Tawai dibawah seliaan dan jagaan Jabatan Hutan Telupid. Air Terjun Tawai ini mempunyai tarikan tersendiri dengan ketinggian 95 meter, menjadikannya sebagai jatuhan air paling deras di Sabah. Jarak perjalanan hiking di Air Terjun Tawai ini adalah lebih kurang 12 km. Penyertaan yang agak memberangsangkan, kali ini sebanyak dua buah van telah disewa khas untuk membawa geng Hiking Santai-Santai ke sana.








Perkara pertama yang perlu dilakukan setibanya di Tawai Rainforest Camp? Sudah semestinya sesi pendaftaran peserta. Dari segi bayaran pula, peserta perlu membayar yuran untuk permit hiking, guide, sijil ( jika mahu ) dan juga tambang kenderaan 4WD yang akan membawa kita ke starting point Air Terjun Tawai di Kampung Entilibon, daerah kecil Tongod. Agak jauh jugak dari Tawai Rainforest Camp tu guys, sempat lelap sebentar kalau mengantuk 😅




Dan perjalanan tapak kaki pun bermula. Panas tu jangan cakap la, memang panas sebab trailnya itu ialah jalan raya tanah merah yang amat sesuai untuk penggemar kenderaan 4x4 beraksi menunjukkan kepakaran. Hohoho. Bayangkan la jalan raya gitu, mana ada pokok tempat berlindung melepas lelah. Lain kali mesti bawa payung jika ke sini lagi. Haha.












Ohh sebelum anteh Joy lupa, anteh Joy mau bagitahu. Di sini la pertama kali anteh Joy nampak Periuk Kera secara live punya bukan sekadar tengok gambar. Kasihan, kebaruan orang bilang ba. Haha. Hemm, penat, panas, dan lapar. Apa pun, perjalanan ini harus diteruskan okay. Alhamdulillah, akhirnya kami tiba di Tawai Waterfall yang indah. Yeehaa 😍














Ehh dalam penat-penat pun anteh Joy masih sempat rakam video pendek Tawai Waterfall ni tau?! So cantik guys 😘












Selepas makan dan rehat sebentar, hahh apa lagi sesi selfie wefie pun bermula. Kiranya misi menawan Air Terjun Tawai ini berjalan dengan lancar. Geng Hiking Santai-Santai selamat pergi dan selamat kembali ke daerah tercinta, Ranau. Alhamdulillah.

Cuma, dalam keterujaan menawan Tawai Waterfall itu mungkin kita sedikit terlepas pandang pesanan orang tua-tua kan? Jangan bawa lauk ikan masin yang sedap tu masuk hutan, ingat tu. Aikk, macam lain jak bunyinya. Nevermind. Huhu. Okay la guys, anteh Joy stop membebel. Jumpa lagi di lain bukit, InshaAllah 😘


Comments

  1. Assalamualaikum puan, boleh saya mohon kebenaran utk guna gambar air terjun tawai ini bagi tujuan membuat poskad. Ini kerana akan keluar setem air terjun dalam masa terdekat. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Slmat ptang puan..sy mhon kbenaran utk menggunakan gmbar dan maklumat berkaitan untuk tjuan vlog..tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Batu Punggul Sapulut, Nabawan Sabah

Bukit Bongol (Minonggui Hill) via Kinasaraban Trail, Kota Belud dan Peak Of Hope, Tuaran Sabah.