Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Image
03/02/2019 - Kiulu Riverside Fun Trail, 11.97 km, Kampung Pukak Kiulu Tamparuli Sabah menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai Ranau berhiking di hujung minggu untuk kali ini. Jaraknya agak jauh juga kan? Tapi jangan risau, trailnya ini sangat santai kerana tidak berbukit-bukau. Hehe. Okay sekitar jam 7.00 pagi kami telah pun sampai di pekan Kiulu dan menunggu kedatangan wakil dari pihak pengurusan Kiulu Riverside Fun Trail untuk membawa kami ke starting point trail yang bertempat di kampung Pukak Kiulu. Seperti biasa sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran para peserta dan mendengar sedikit taklimat dari ketua guide maka kami pun memulakan perjalanan. Laluan Kiulu Riverside Trail ini memang santai, tidak berbukit dan kami juga telah melalui beberapa kawasan kampung serta melintasi beberapa buah jambatan gantung dengan pemandangan sungai Kiulu sebagai latar di sepanjang perjalanan ini. Kiranya memang sesuai la dengan nama trailnya iaitu Kiulu Riverside Fun Trail. Pada asalny

Bukit Tompong ( Bukit Doa ) Kampung Bongkud, Ranau - My Lovely Village -

25/03/2018 - Oleh kerana minggu ini group Hiking Santai-Santai (HSS) masih bercuti, dan anteh Joy pulak terlebih boring di hujung minggu maka terjadi la apa yang harus terjadi. Hehe. Biasanya jadual aktiviti hiking group HSS ini ialah pada hari Ahad, dua minggu sekali hiking. Means, dalam sebulan tu ada dua kali hiking trip la KECUALI jika ada permintaan ramai untuk hiking dalam minggu tersebut maka di situ la Kapten Julie mengatur perjalanan. Begitu juga halnya dengan 'off day', bergantung kepada komitmen masing-masing. Siapa free boleh la join hiking, jika ada urusan lain pada hari tersebut apa boleh buat la, jumpa di lain trip. Hahh gitu. Jadi, berhiking la anteh Joy bersama little sumandak my niece, kak Ezie, pada hari tersebut. Gerak sekitar jam 4.30 petang dari rumah ke starting point. Huhh starting point la sangat. Haha. Alaa bukit kampung sendiri ja pun, jaraknya ke puncak pun dekat boleh jogging naik turun bukit kalau you mau. Silakan. 

Bukit Tompong ini juga dikenali sebagai Bukit Doa atau Bukit Gondol. Dinamakan sebagai Bukit Gondol kerana dulu ketika anteh Joy masih kecil hingga la ke usia remaja hampir setiap tahun bukit kampung kami ini akan terbakar. I dont know why la. Yang pasti, hal itu merugikan penduduk kampung kerana di sekitar bukit itu adalah kebun-kebun milik orang kampung. Dan sebenarnya, pendakian anteh Joy ke Bukit Tompong pada petang tersebut adalah pendakian untuk kali kedua setelah berpuluh tahun berlalu. First time anteh Joy naik Bukit Tompong ni waktu anteh sekolah rendah, selepas bukit terbakar pada tahun itu. Haha. Mendaki bersama beberapa rakan sebaya, hairan jugak la macam mana kami begitu berani mendaki tanpa ditemani orang dewasa waktu tu. Kalau my mom and dad tau haihh habis aku dirotan hahh wa cakap lu. Biar la rahsia. Haha. Kiranya kecik-kecik lagi memang dah minat hiking la anteh Joy ni kannn. Ehh tu bukan sebab minat, sebab nakal dan terlebih bermain di luar rumah bersama rakan-rakan. Uhuk uhukk.





























Okay dah, jom balik rumah kak Ezie oii. Kejap lagi gelap dah ni. Cukup la untuk hari ini, asalkan keluar peluh orang bilang. See you again Bukit Gondol. Thanks for reading guys. See ya.

Comments

  1. uiik...sejak bila ko aktif blogging nani? bawa sa p hiking naaanti lps pkp aAa🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe nda aktif sangat juga ni, ada mood dulu baru update cerita hiking dulu-dulu. Baa nanti join hiking kio 😄

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tawai Waterfall - Tawai Rainforest Camp Telupid, Sabah.

Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Batu Punggul Sapulut, Nabawan Sabah

Bukit Bongol (Minonggui Hill) via Kinasaraban Trail, Kota Belud dan Peak Of Hope, Tuaran Sabah.