Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Image
03/02/2019 - Kiulu Riverside Fun Trail, 11.97 km, Kampung Pukak Kiulu Tamparuli Sabah menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai Ranau berhiking di hujung minggu untuk kali ini. Jaraknya agak jauh juga kan? Tapi jangan risau, trailnya ini sangat santai kerana tidak berbukit-bukau. Hehe. Okay sekitar jam 7.00 pagi kami telah pun sampai di pekan Kiulu dan menunggu kedatangan wakil dari pihak pengurusan Kiulu Riverside Fun Trail untuk membawa kami ke starting point trail yang bertempat di kampung Pukak Kiulu. Seperti biasa sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran para peserta dan mendengar sedikit taklimat dari ketua guide maka kami pun memulakan perjalanan. Laluan Kiulu Riverside Trail ini memang santai, tidak berbukit dan kami juga telah melalui beberapa kawasan kampung serta melintasi beberapa buah jambatan gantung dengan pemandangan sungai Kiulu sebagai latar di sepanjang perjalanan ini. Kiranya memang sesuai la dengan nama trailnya iaitu Kiulu Riverside Fun Trail. Pada asalny

Poturu Hill Gumandang Kudat, Sabah.

23/09/2018 - Dari Ranau ke Kudat geng Hiking Santai-Santai mencari bukit. Maka sampai la kita di Sk. Gumandang, tempat terletaknya Poturu Hill Gumandang Kudat. Apa yang menarik di Poturu Hill ini? Jom kita tinjau. Jarak Poturu Hill ini cuma lebih kurang 2 km sahaja dan starting pointnya ialah di kawasan sekolah rendah SK. Gumandang. Geng HSS sempat bergambar kenangan dengan cikgu SK Gumandang selaku wakil pihak pengurusan Poturu Hill. Wefie itu harus guys. Walaupun jarak perjalanan ke puncak agak dekat namun keseronokan itu tetap ada apabila tiba di puncak bukit Poturu Gumandang. Yang pasti, panas tu memang panas la. Maklum la area dekat dengan laut kan.




















Dan tidak lupa juga anteh Joy bergambar kenangan bersama dengan cik guide hari itu. Selamba ja dia naik bukit pakai selipar, dah biasa dengan tempat tu kan. Hehe. Puas berwefie selfie di puncak maka bergerak turun la kami kembali ke starting point. Ehh, takkan itu ja?? Hahh siapa kata itu ja. Antara benda menarik di Poturu Hill Gumandang Kudat ini ialah Green Garden nya dengan pondok-pondok comel tu hahh. Jadi apa lagi, singgah wefie la kami di sini sebelum bertolak ke destinasi seterusnya. 










Hahh comel kan pondok-pondoknya 😍 Dengar khabar, sekarang ni dah ada sedikit perubahan di Poturu Hill Gumandang Kudat ni. Ya la, sekarang dah tahun 2020, kita orang ke sini tahun 2018. Jom ke sini lagi Guys. Ahaks. Ok la, selesai membukit di Poturu Hill. Tengok jam, makk aii hari masih awal lagi. Huhu. Jadi seperti biasa la, bukan Geng HSS namanya kalau tidak singgah di mana-mana selepas hiking sebelum balik Ranau. Haha. Sempat menyinggah di Sumangkap Gong Factory. Alaa setakat tengok-tengok ja pun, sambil selfie wefie la. Dan destinasi terakhir HSS sebelum bergerak balik ke Ranau ialah sudah semestinya bersantai gembira di Tanjung Simpang Mengayau Kudat, The Tip of Borneo. Yeehaa 😍




















Iya, anteh Joy ini dah pernah ke sini dulu tapi bila datang ke sini beramai-ramai bersama geng Hiking Santai-Santai memang la seronok. Hehe. Hemm okay la. Selesai cerita aktiviti geng HSS di Kudat. Jumpa lagi di lain bukit guys. See yaa 😘

Comments

Popular posts from this blog

Tawai Waterfall - Tawai Rainforest Camp Telupid, Sabah.

Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Batu Punggul Sapulut, Nabawan Sabah

Bukit Bongol (Minonggui Hill) via Kinasaraban Trail, Kota Belud dan Peak Of Hope, Tuaran Sabah.