Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

03/02/2019 - Kiulu Riverside Fun Trail, 11.97 km, Kampung Pukak Kiulu Tamparuli Sabah menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai Ranau berhiking di hujung minggu untuk kali ini. Jaraknya agak jauh juga kan? Tapi jangan risau, trailnya ini sangat santai kerana tidak berbukit-bukau. Hehe. Okay sekitar jam 7.00 pagi kami telah pun sampai di pekan Kiulu dan menunggu kedatangan wakil dari pihak pengurusan Kiulu Riverside Fun Trail untuk membawa kami ke starting point trail yang bertempat di kampung Pukak Kiulu. Seperti biasa sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran para peserta dan mendengar sedikit taklimat dari ketua guide maka kami pun memulakan perjalanan. Laluan Kiulu Riverside Trail ini memang santai, tidak berbukit dan kami juga telah melalui beberapa kawasan kampung serta melintasi beberapa buah jambatan gantung dengan pemandangan sungai Kiulu sebagai latar di sepanjang perjalanan ini. Kiranya memang sesuai la dengan nama trailnya iaitu Kiulu Riverside Fun Trail.






















Pada asalnya, kiulu Riverside Fun Trail yang kami pilih ini sebenarnya berjarak cuma lebih kurang dalam 8 km sahaja tetapi ketika dalam perjalanan itu kami akhirnya telah sebulat suara untuk menukar arah laluan sebenar dan kami telah melalui trail hutan yang agak jauh sedikit menjadikan trail Kiulu Riverside yang kami lalui ini berjarak lebih kurang 11.97 km. Walau bagaimana pun, trail baru yang kami lalui itu tidak la terlalu sukar, masih dalam kategori easy trail. Kami sempat berehat sebentar di tepian sungai sebelum kami meneruskan perjalanan ke ending point yang bertempat di Zip Borneo Kiulu Tamparuli. 












Alhamdulillah akhirnya kami selamat tiba di ending point Kiulu Riverside Trail bertempat di Zip Borneo Kiulu dan seterusnya kami telah dihidangkan dengan juadah tengahari yang sangat membuka selera sebelum kami berangkat pulang ke Ranau. Terima kasih kepada pihak pengurusan yang mantap dan tahniah juga buat diri kita semua. 




















Selesai kisah perjalanan kami group Hiking Santai-Santai bersantai di Kiulu Tamparuli. Masa untuk balik Ranau. Jom balik guys. Eh betulkah aktiviti hiking korang cuma begitu sahaja pada hari tersebut? Macam gantung jak perasaan kan. Ya kan? Hehe. Okay la untuk cerita hiking bukit yang satu ini pula, sebenarnya ia berlaku tanpa perancangan awal, maksudnya keputusan spontan yang dibuat ketika kami dalam perjalanan pulang ke Ranau yang mana akhirnya kami turut setuju menyempatkan diri untuk singgah berhiking di Bukit Sosopodon yang starting pointnya terletak di tepi jalan sahaja di kawasan kampung Kinasaraban Ranau. Bukit Sosopodon ini baru sahaja dibuka kepada orang ramai dan jarak bukit ini adalah lebih kurang 2 km pergi dan balik. Trail yang agak santai, kira santai la tu kan sebab saya dan beberapa orang rakan sebenarnya dah buka kasut masa tu. Rasa malas pula nak pakai kasut semula akhirnya kami cuma berselipar sahaja ketika mendaki Bukit Sosopodon itu. Hentam saja la kan guys yang penting kita berjaya sampai ke puncaknya, alhamdulillah. Penat tu memang penat la tapi berpuas hati sebab dah jumpa puncak bukit, lepas gian. Hehe. Setibanya di puncak Bukit Sosopodon itu kita akan dapat melihat pemandangan kampung-kampung sekitar di bawah sana.


















Jadi begitu lah serba-sedikit kisah aktiviti hiking group Hiking Santai-Santai Ranau yang ceria dan sporting pada hari tersebut. Bersantai gembira bersama rakan-rakan tersayang di Kiulu Riverside Fun Trail dan Bukit Sosopodon kampung Kinasaraban Ranau. Hemm, bukan hiking namanya kalau tak rasa penat kan? Tak kisah la yang penting kita sihat dan enjoy. Sampai kita bertemu lagi di lain bukit, thanks for reading guys. See ya.


Comments

  1. mantap lah.. siuk ouhh ada juga di tengok-tengok sama di baca-baca tempat hiking di sabah.. terbaik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tawai Waterfall - Tawai Rainforest Camp Telupid, Sabah.

Batu Punggul Sapulut, Nabawan Sabah

Bukit Bongol (Minonggui Hill) via Kinasaraban Trail, Kota Belud dan Peak Of Hope, Tuaran Sabah.