Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Image
03/02/2019 - Kiulu Riverside Fun Trail, 11.97 km, Kampung Pukak Kiulu Tamparuli Sabah menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai Ranau berhiking di hujung minggu untuk kali ini. Jaraknya agak jauh juga kan? Tapi jangan risau, trailnya ini sangat santai kerana tidak berbukit-bukau. Hehe. Okay sekitar jam 7.00 pagi kami telah pun sampai di pekan Kiulu dan menunggu kedatangan wakil dari pihak pengurusan Kiulu Riverside Fun Trail untuk membawa kami ke starting point trail yang bertempat di kampung Pukak Kiulu. Seperti biasa sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran para peserta dan mendengar sedikit taklimat dari ketua guide maka kami pun memulakan perjalanan. Laluan Kiulu Riverside Trail ini memang santai, tidak berbukit dan kami juga telah melalui beberapa kawasan kampung serta melintasi beberapa buah jambatan gantung dengan pemandangan sungai Kiulu sebagai latar di sepanjang perjalanan ini. Kiranya memang sesuai la dengan nama trailnya iaitu Kiulu Riverside Fun Trail. Pada asalny

Bukit Bongol (Minonggui Hill) via Kinasaraban Trail, Kota Belud dan Peak Of Hope, Tuaran Sabah.

06/01/2019 - Bukit Bongol/Minonggui Hill via Kinasaraban Trail, Kampung Kinasaraban Kota Belud Sabah sebagai pembuka tirai bukit group Hiking Santai-Santai membukit di tahun 2019. Last kitaorang hiking ialah pada 16/12/2018, lepas tu kita cuti hiking untuk bagi laluan kepada "precious time" bersama family masing-masing sempena cuti sekolah anak-anak. Ya la, kan time cuti sekolah tu la kita nak spend time with family, bawa anak-anak bercuti ke, balik kampung ke dan aktiviti yang sewaktu dengannya la. Hehe. Okay la untuk kisah Bukit Bongol ini awal-awal aku nak cakap ya, setakat ini banyak-banyak bukit yang pernah aku daki hahh bukit satu ini la yang aku rasa nak angkat white flag tinggi-tinggi. Panas teruk wehh, cair mekap aku. Hahaha. Opss. Bukit Bongol Kota Belud, indah di mata panas di kepala. Huhu. Untuk hiking di Bukit Bongol ini kita boleh memilih diantara tiga trail ini untuk sampai ke puncaknya iaitu Bukit Bongol via Mandap Doluoh Trail (2km), Bukit Bongol via Kinasaraban Trail (3km) dan Bukit Bongol via Pirasan Trail (4km). Trail yang popular dikalangan pendaki ialah Bukit Bongol via Mandap Doluoh Trail. Jarak agak dekat kan? Tapi jangan tak tau, Bukit Bongol ini 90 peratus dilitupi tumbuhan lalang yang hidup subur. Hahh sebab itu la dia panas okay.














Sebenarnya ahli Hiking Santai-Santai yang lain sudah pernah ke Bukit Bongol sebelum ini, Bukit Bongol via Mandap Doluoh Trail, tapi saya tak join lagi masa tu. Jadi kali ini group HSS buat ulangan kali kedua ke sini, Bukit Bongol via Kinasaraban Trail pula. Kami bergerak dari pekan Ranau ke Kota Belud sekitar jam 5.30 pagi, dan mula mendaki sekitar jam 8.30 pagi. Awal-awal lagi cuaca dah terasa panas, wheww. Dah la aku ni kura-kura hiker, lupa pulak aku bawa payung. Pakai topi jak tak cukup okay, panas menyengat. Jadi dipendekkan cerita, kawan-kawan yang lain dah jauh di hadapan sana. Aku, sis Moi, dan guide Olyn jalan slow jak la ya dekat belakang ni. Hehe it's okay bebeh. Sebelum sampai di puncak Bukit Bongol / Minonggui itu kita akan melalui puncak Bukit Rugading dahulu dan dekat Bukit Rugading ini ada pondok dibina untuk tempat kita berteduh melepas lelah sebentar. Hahh dekat pondok Rugading ini la aku tak pandang kiri kanan dah, sampai saja di sini terus aku berbaring di situ. Selfie pun aku lupa dah, kepanasan punya pasal. Haha. 










Selepas berehat beberapa minit di pondok Bukit Rugading itu, kami pun meneruskan perjalanan semula dan aku, sis Moi dan guide masih mengambil bahagian paling belakang. Hehe. Okay start sini aku dah kata dalam hati, aku jalan saja la setakat mana yang termampu. Tak sampai puncak pun tak apa. Maksudnya, aku tetap jalan naik bukit ini tapi nanti kalau aku terserempak rakan lain di hadapan sana mereka dah nak turun bawah semula, aku pun ikut turun bawah jugak la. Hahh boleh gitu? Hehe. Tapi kan dalam kepenatan dan kepanasan tu, sempat jugak la aku snap beberapa keping gambar view di sekitar bukit tu. Ya la, kejap aku duduk berlindung di celah-celah lalang, kejap aku jalan beberapa langkah, kejap aku berhenti untuk snap gambar buat kenangan di hari tua. Huhu.














Hahh jadi itu la sedikit gambar yang sempat anteh Joy snap ketika berpanas di trail Bukit Bongol via Kinasaraban Trail ini. Serius panas wa cakap lu, surrender gue. Takut pulak aku kena strok haba, minta dijauhkan. Seperti yang diduga, akhirnya kelibat kapten Julie mulai kelihatan di hadapan sana. Maksudnya aku pun kena patah balik ke bawah la ni. Walaupun guide kata puncak Minonggui Hill / Bukit Bongol itu sudah tidak berapa jauh dari tempat aku berada tapi tidak mahu la aku teruskan perjalanan lagi, lain kali saja la. Jom turun bawah kapten Julie. Hehe. Oh ya, gambar kenangan geng Hiking Santai-Santai bergambar kenangan di puncak Bukit Bongol/Minonggui itu juga tidak dilupakan, congrats guys. Caya la. Nanti ada peluang kita buat ulangan lagi ke sini, kita start mendaki jam 5 pagi. Boleh? Haha.




Alhamdulillah, misi group Hiking Santai-Santai menawan Bukit Minonggui / Bukit Bongol buat kali kedua berjaya. Biar pun saya tidak sampai di puncak tapi tidak mengapa, takkan lari bukit dikejar. Nanti dilain hari jika ada masa dan keadaan mengizinkan pasti saya akan ke sini semula, inshaAllah. Tengok jam, hari masih awal la pulak. So ke mana kita selepas ini?  Okay guys, dari Kota Belud kita pergi ke Tuaran pulak jalan-jalan cuci mata di Peak Of Hope, Tuaran Sabah. Ok lanjut guys. Hehe. Apa yang menarik di Peak Of Hope Tuaran? Jom kita tengok.
































Peak Of Hope Tuaran, terletak lebih kurang 40 kilometer dari bandar Kota Kinabalu Sabah. Orang bilang Peak Of Hope Tuaran ini ala-ala Jogja gitu, kita tidak perlu pergi jauh-jauh dah sebab dekat Sabah pun sudah ada tempat menarik seperti itu. Okay, setibanya kita di simpang masuk jalan ke Peak Of Hope itu kita boleh parking kereta di tepi jalan dan tunggu kenderaan 4x4 yang disediakan oleh pihak Peak Of Hope untuk naik atas pergi ke Peak Of Hope. Jarak perjalanan naik ke atas dari simpang jalan masuk itu pula adalah lebih kurang 2 kilometer dengan jalanraya gravelnya yang agak mendebarkan tetapi anda jangan risau ya, encik driver yang mereka sediakan itu memang mahir dan berpengalaman. Mana tak risau wehh, naik atas pun dia main reverse jak you tau tak? Risau anteh Joy. Haha. Yuran masuk ke sini pada ketika itu cuma RM20 sahaja dan yuran itu sudah termasuk caj pengangkutan untuk kita naik ke atas serta minuman ringan juga ada diberikan kepada pengunjung.



 








Amboi, bukan main lagi kau berselfie di situ ya anteh Joy. Of course la ba. Haha. Tempat ini memang cantik, tidak rugi kita datang ke sini. Antara aktiviti yang boleh kita lakukan di Peak Of Hope ini ialah seperti bermain ATV dan aktiviti Paragliding. Tempat ini juga sangat sesuai dan menarik untuk mereka yang ingin membuat wedding photo shoot atau untuk anda yang ingin mengabadikan gambar kenangan bersama rakan-rakan sempena graduation day kalian. Tapi maaf la ya sebab saya sendiri pun kurang pasti berapa jumlah bayaran yang dikenakan oleh pihak Peak Of Hope untuk aktiviti-aktiviti tersebut. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut anda boleh hubungi pihak Peak Of Hope di laman media sosial rasmi mereka. Okay la guys, begitu la serba-sedikit kisah perjalanan aktiviti hiking saya bersama group Hiking Santai-Santai Ranau di awal tahun 2019. Dari Ranau ke Kota Belud menawan Bukit Bongol dan dari Kota Belud kita ke Tuaran bersantai gembira di puncak Peak Of Hope yang ceria sebelum kami bertolak balik ke daerah tercinta, Ranau. Sampai kita bertemu lagi di lain bukit. Thanks for reading, see ya.



Comments

Popular posts from this blog

Tawai Waterfall - Tawai Rainforest Camp Telupid, Sabah.

Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Batu Punggul Sapulut, Nabawan Sabah