Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Image
03/02/2019 - Kiulu Riverside Fun Trail, 11.97 km, Kampung Pukak Kiulu Tamparuli Sabah menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai Ranau berhiking di hujung minggu untuk kali ini. Jaraknya agak jauh juga kan? Tapi jangan risau, trailnya ini sangat santai kerana tidak berbukit-bukau. Hehe. Okay sekitar jam 7.00 pagi kami telah pun sampai di pekan Kiulu dan menunggu kedatangan wakil dari pihak pengurusan Kiulu Riverside Fun Trail untuk membawa kami ke starting point trail yang bertempat di kampung Pukak Kiulu. Seperti biasa sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran para peserta dan mendengar sedikit taklimat dari ketua guide maka kami pun memulakan perjalanan. Laluan Kiulu Riverside Trail ini memang santai, tidak berbukit dan kami juga telah melalui beberapa kawasan kampung serta melintasi beberapa buah jambatan gantung dengan pemandangan sungai Kiulu sebagai latar di sepanjang perjalanan ini. Kiranya memang sesuai la dengan nama trailnya iaitu Kiulu Riverside Fun Trail. Pada asalny

Damai Eco Ranch, Ranau - Ada apa di sana? Jom terjah guys.

22/7/2018 - Damai Eco Ranch, Kampung Lohan 2, Ranau Sabah. Minggu ini geng Hiking Santai-Santai  Ranau memilih tempat sendiri sahaja untuk bersantai di hujung minggu. 




Damai Eco Ranch Kampung Lohan 2 Ranau sememangnya sebuah tempat yang damai untuk beraktiviti di hujung minggu bersama teman-teman mahu pun keluarga. Tempat ini juga sering menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mengadakan seminar dan kursus, aktiviti teambuilding, perkhemahan pelajar dan lain-lain. Antara pakej menarik yang ditawarkan di sini selain pakej penginapan? Okay jom kita tengok.














Di Damai Eco Ranch kita boleh memilih aktiviti-aktiviti santai seperti bermain ATV,  berbasikal dan berkayak. Dan semestinya setiap aktiviti ini mempunyai yuran yang berlainan dan berpatutan. Nothing is free, guys. Hehe. Selain itu, Damai Eco Ranch juga menawarkan pakej aktiviti Flying Fox yang mana pakej mereka ini amat la sesuai bagi mereka yang baru pertama kali ingin mencuba aktiviti tersebut. Dengan jarak ketinggian sederhana, anda pasti tidak akan ragu-ragu mencubanya.






Makluman, ini adalah pengalaman pertama anteh Joy mencuba aktiviti Flying Fox ini. Kasihan. Haha! Best wehh biarpun rasa nervous sedikit pada mulanya, lepas tu rasa okay ja. Okay saksikan video anteh Joy yang tidak seberapa ini. Huhu.




Untuk makluman anda juga, setelah berpuluh tahun tidak bermain basikal akhirnya anteh Joy kembali bermain basikal, walaupun aksinya seperti budak kecil yang baru hendak belajar mengayuh basikal. Bikin malu. Biasa la, agak lama juga trauma basikal ni. Uhuk uhukk. Okay saksikan.




Huhh, awak fikir si anteh Joy tidak pandai berbasikal?! Makanan si anteh Joy ba ni main basikal waktu dia budak-budak dulu, selalu bermain basikal dengan kakak dan kawan-kawan sehingga la pada satu hari tu anteh Joy jatuh basikal. Bukan setakat jatuh biasa, si anteh  Joy ini terpelanting ke barat, basikal pula terpelanting ke timur hahh. Nasib baik jak la luka di badannya tidak meninggalkan parut, parut di hati jak la. Serik main basikal. Hahaha. Okay stop cerita basikal. Kita tengok pula aktiviti lain yang boleh kita lakukan di Damai Eco Ranch Kampung Lohan ini. Jom.




Semestinya HIKING DI BUKIT DAMAI. Ehh, sembarang ja anteh Joy ni bagi nama bukit. Hehe. Yang benarnya, anteh Joy pun kurang pasti apa nama bukit ni tapi anda memang boleh hiking di sini la. Dont worry, jarak bukit ini tidak la jauh sangat, boleh la untuk bersantai-santai buat keluar peluh gitu. And BIG THANKS TO OUR BELOVED CAPTAIN, CAPTAIN JULIE yang sporting. Sebenarnya masa ini anteh Joy lewat sampai di Damai Eco Ranch atas sebab tertentu. Waktu anteh Joy sampai tu geng HSS sudah hampir sampai ke starting point Bukit Damai. Jadi THANKS CAPTAIN JULIE teman si anteh Joy ni naik atas bukit semula. Sudah Captain Julie turun, terpaksa naik bukit semula gara-gara si anteh Joy ini. Uhuk uhukk. Thanks Captain.








Kelihatan Captain Julie busy di situ, baca air mantera bagi anteh Joy minum. Biar tambah energy anteh Joy turun bukit ni. Haha. Just kidding Captain. Jom turun bawah.




Happy moments with geng Hiking Santai-Santai. Ingin mencuba aktiviti-aktiviti yang terdapat di Damai Eco Ranch Kampung Lohan Ranau ini? Boleh usha Facebook page mereka untuk keterangan lebih lanjut. Silakan, pasti puas hati. Hingga bertemu lagi di lain bukit. Thanks for reading guys. Chill.


Comments

Popular posts from this blog

Tawai Waterfall - Tawai Rainforest Camp Telupid, Sabah.

Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Batu Punggul Sapulut, Nabawan Sabah

Bukit Bongol (Minonggui Hill) via Kinasaraban Trail, Kota Belud dan Peak Of Hope, Tuaran Sabah.