Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Image
03/02/2019 - Kiulu Riverside Fun Trail, 11.97 km, Kampung Pukak Kiulu Tamparuli Sabah menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai Ranau berhiking di hujung minggu untuk kali ini. Jaraknya agak jauh juga kan? Tapi jangan risau, trailnya ini sangat santai kerana tidak berbukit-bukau. Hehe. Okay sekitar jam 7.00 pagi kami telah pun sampai di pekan Kiulu dan menunggu kedatangan wakil dari pihak pengurusan Kiulu Riverside Fun Trail untuk membawa kami ke starting point trail yang bertempat di kampung Pukak Kiulu. Seperti biasa sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran para peserta dan mendengar sedikit taklimat dari ketua guide maka kami pun memulakan perjalanan. Laluan Kiulu Riverside Trail ini memang santai, tidak berbukit dan kami juga telah melalui beberapa kawasan kampung serta melintasi beberapa buah jambatan gantung dengan pemandangan sungai Kiulu sebagai latar di sepanjang perjalanan ini. Kiranya memang sesuai la dengan nama trailnya iaitu Kiulu Riverside Fun Trail. Pada asalny

Kimolohing Hill, Ranau Sabah.

22/09/2018 - Bukit Kimolohing, Kampung Kimolohing, Ranau Sabah. Sekali-sekala kita hiking di hari Sabtu pulak. Hehe. Kampung Kimolohing ni terletak tidak jauh dari pekan Ranau. Kiranya kampung area pekan la. Simpang masuk ke kampung ni, tu hahh depan Balai Polis Ranau tu ja. Senang cari. Sebenarnya, ahli-ahli HSS yang lain sudah pernah hiking di sini. Kebetulan kami pula free hari Sabtu ni jadi pergi la kami hiking di sini. Selain kami, terdapat juga beberapa orang hiker dari group lain turut serta dalam pendakian hari ini.








Jarak Kimolohing Hill ini hanya lebih kurang 1.5 km, easy trail namun pemandangan di sekitar perjalanan ke puncak tidak la membosankan. Seperti biasa, berselfie itu harus guys. Err, dah macam tumbuhan bergerak pulak si anteh Joy di situ, boleh la main hide and seek gitu. Hehe. Hijau itu menyegarkan, okay.






Dan sedikit sedutan video di jalan. Jangan terkejut dengar suara burung hantu menyahut panggilan kaptennya ya. Hehe just kidding guys. Bukit Kimolohing ini telah dibuka secara rasminya pada 1 September 2018. Trail yang agak sederhana dan ada juga terdapat laluan bertangga. Setibanya di puncak Kimolohing ini kita akan dapat melihat pemandangan sekitar Pekan Ranau.
















Dan...bila tanpa disangka berpeluang hiking bersama rakan sekolah dulu, rakan zaman muda remaja. Ehemm, terus anteh Joy rasa seolah-olah diri ini baru berumur 17 tahun gitu. Haha. Okay la, setakat di sini sahaja cerita Puncak Bukit Kimolohing Ranau. Kepada anda yang belum pernah hiking di sini, kedatangan anda amat dialu-alukan. Ok guys, jumpa di lain bukit 😘


Comments

Popular posts from this blog

Tawai Waterfall - Tawai Rainforest Camp Telupid, Sabah.

Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Batu Punggul Sapulut, Nabawan Sabah

Bukit Bongol (Minonggui Hill) via Kinasaraban Trail, Kota Belud dan Peak Of Hope, Tuaran Sabah.