Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Image
03/02/2019 - Kiulu Riverside Fun Trail, 11.97 km, Kampung Pukak Kiulu Tamparuli Sabah menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai Ranau berhiking di hujung minggu untuk kali ini. Jaraknya agak jauh juga kan? Tapi jangan risau, trailnya ini sangat santai kerana tidak berbukit-bukau. Hehe. Okay sekitar jam 7.00 pagi kami telah pun sampai di pekan Kiulu dan menunggu kedatangan wakil dari pihak pengurusan Kiulu Riverside Fun Trail untuk membawa kami ke starting point trail yang bertempat di kampung Pukak Kiulu. Seperti biasa sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran para peserta dan mendengar sedikit taklimat dari ketua guide maka kami pun memulakan perjalanan. Laluan Kiulu Riverside Trail ini memang santai, tidak berbukit dan kami juga telah melalui beberapa kawasan kampung serta melintasi beberapa buah jambatan gantung dengan pemandangan sungai Kiulu sebagai latar di sepanjang perjalanan ini. Kiranya memang sesuai la dengan nama trailnya iaitu Kiulu Riverside Fun Trail. Pada asalny

Happy First Anniversary Maragang Hill!

16/09/2018 - Ulangtahun pertama Maragang Hill, Kampung Mesilou Ranau Sabah. Seperti mana yang kita maklum, Maragang Hill ini telah dibuka secara rasminya kepada orang ramai pada 16 September 2017. Berkongsi tarikh pula dengan sambutan Malaysia Day. Hehe.


Sudah tentu la group Hiking Santai-Santai juga tidak mahu melepaskan peluang  untuk bersama-sama dalam memeriahkan majlis sambutan ulangtahun pertama pembukaan Maragang Hill ini yang bertempat di puncak Maragang Hill. Jom para hiker sekalian kita hiking beramai-ramai. Wow, sambutan yang sangat menggalakkan dari hikers tempatan, dalam dan luar daerah Ranau. Lebih kurang 500 penyertaan telah diterima oleh pihak pengurusan Maragang Hill, kalau si anteh Joy tidak silap la. Hehe. Cuma untuk kali ini, semua peserta hanya akan dibenarkan melalui laluan Normal Trail sahaja. Apa yang lebih menarik, MP Ranau YB Jonathan Yasin selaku Perasmi Majlis akan bersama para hiker mendaki Maragang Hill hingga ke puncak. Caya la Yb!










Memulakan perjalanan, santai-santai sahaja. Kan kami group Hiking Santai-Santai, tiada hadiah pun mahu direbut di puncak bukit sana. Konon la. Haha. Dalam kami bergerak santai-santai tu, tidak sangka pula nampak kelibat YB Jonathan di bawah sana. Kiranya laju jugak la dia ni mendaki bukit kan, siap dengan pakaian kerja gitu. Hi 5 dulu kita YB! Hehe. Sempat bergambar kenangan bersama MP Ranau di tengah hutan sebelum sampai ke peak.










Bila hiking beramai-ramai ni, satu perkara yang pasti akan berlaku. Laluan jammed di tengah hutan, itu perkara biasa. It's okay, takkan lari puncak dikejar, dan tidak lupa jugak kami berwefie kenangan dengan YB Jonathan setibanya kami di puncak Bukit Maragang. Duduk-duduk berehat sebentar sementara menunggu giliran bergambar di platform Maragang Hill. Sudah tentu la kena tunggu giliran bergambar sebab kita orang ramai kan masa tu. Cuma itu saja la yang tidak bestnya bila hiking dalam jumlah yang terlalu ramai. Sesak. Uhukk.
















Oh ya, yang sebenarnya kan Maragang Hill ini adalah destinasi kegemaran geng Hiking Santai-Santai Ranau jika tidak hiking di luar daerah Ranau. Bak kata Captain Julie, sudah beberapa kali ke sini pun tidak bosan-bosan jugak. Cantik ba viewnya, mana pandai bosan kan. Hehe. Okay la guys, jumpa lagi di lain bukit. Chill.


Comments

  1. Select slot machines with the best payback percentages. This quantity indicates how regularly the machines pay out, and the higher the proportion the more doubtless your probabilities of profitable. These amounts should be clearly displayed on the machines and will vary anywhere from 80% to 98% -- the higher the denomination of the 우리카지노 machine (1¢ for example), the higher the payout.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tawai Waterfall - Tawai Rainforest Camp Telupid, Sabah.

Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Batu Punggul Sapulut, Nabawan Sabah

Bukit Bongol (Minonggui Hill) via Kinasaraban Trail, Kota Belud dan Peak Of Hope, Tuaran Sabah.