Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Image
03/02/2019 - Kiulu Riverside Fun Trail, 11.97 km, Kampung Pukak Kiulu Tamparuli Sabah menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai Ranau berhiking di hujung minggu untuk kali ini. Jaraknya agak jauh juga kan? Tapi jangan risau, trailnya ini sangat santai kerana tidak berbukit-bukau. Hehe. Okay sekitar jam 7.00 pagi kami telah pun sampai di pekan Kiulu dan menunggu kedatangan wakil dari pihak pengurusan Kiulu Riverside Fun Trail untuk membawa kami ke starting point trail yang bertempat di kampung Pukak Kiulu. Seperti biasa sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran para peserta dan mendengar sedikit taklimat dari ketua guide maka kami pun memulakan perjalanan. Laluan Kiulu Riverside Trail ini memang santai, tidak berbukit dan kami juga telah melalui beberapa kawasan kampung serta melintasi beberapa buah jambatan gantung dengan pemandangan sungai Kiulu sebagai latar di sepanjang perjalanan ini. Kiranya memang sesuai la dengan nama trailnya iaitu Kiulu Riverside Fun Trail. Pada asalny

Kerana Minat Kami Bersatu. Island - hopping in Kota Kinabalu, Sabah.

08/04/2018 - Kalau sebelum ini geng Hiking Santai-Santai bantai 4 Hills 1 Day, kali ini kita bantai pulak 3 Islands 1 Day. Jom guys, pasti best.

Memilih Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Manukan sebagai destinasi group HSS minggu ini, sememangnya kami teruja untuk pergi ke sana. Ya la asyik berpanas berpeluh di dalam hutan, sekali-sekala biar kita berseronok dengan air laut. Hehe. Bagi diri anteh Joy pula, ia seperti menggamit memori zaman muda-muda dulu, zaman kuliah yang indah. Ahaks. Bukan apa, dulu kan saya pernah ke sini bersama rakan-rakan sekelas merangkap housemate jugak. Konon Release tension punya pasal la tu. Huhu. Okay stop mengulit kenangan anteh Joy. Ketuk kang.




















Antara aktiviti yang kami lakukan ketika berada di sini selain selfie wefie? Apa ya, lupa dah. Okay kejap, aku refresh memory dua tahun lepas. Nah Itu dia hahh, aktiviti seperti snorkeling, banana boat dan parasailing tapi aku cuma try snorkeling dan banana boat itu ja. Jimat pulus wehh. Hehe.
















Dan ada satu benda yang buat anteh Joy bertambah happy masa ni. You know what? Aku terjumpa my long lost bestie my SISTA KikiLala in Sapi Island! Haha. Oii tidak sangka aku jumpa kau di Pulau Sapi after more than five years tidak ketemu GENG KARAS. Terjerit si anteh Joy terkejut macam monkey, nasib baik la tidak lost control bertepuk tampar. Haha. Bukan apa ba, dia ni la salah seorang kawan baik aku waktu kami belajar di UiTM Kampus Kota Kinabalu dulu. Dia banyak tolong aku bab-bab subjek susah, kan kita orang ni classmate. Hehe. Ohh aku ni dia panggil brader Jack, jadi aku panggil dia sista Kikilala. Ada la tu cerita disebaliknya. Huhu.





And one more thing yang buat si anteh Joy happy. Brader Speed boat bagi kami orang chance bawak botnya walaupun sekejap jak. Asalkan merasa bawa la orang bilang kan. Hehehe. 








Alhamdulillah, selesai aktiviti island-hopping group Hiking Santai-Santai Ranau. Memang best la bila pergi beramai-ramai bersama rakan seperti ini. Harap kita dapat bersama lagi di lain pulau. Okay jom balik Ranau kita. Jumpa di lain cerita, see ya.





Comments

Popular posts from this blog

Tawai Waterfall - Tawai Rainforest Camp Telupid, Sabah.

Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Batu Punggul Sapulut, Nabawan Sabah

Bukit Bongol (Minonggui Hill) via Kinasaraban Trail, Kota Belud dan Peak Of Hope, Tuaran Sabah.