Posts

Kiulu Riverside Fun Trail, Kiulu dan Sosopodon Hill, kampung Kinasaraban Ranau.

Image
03/02/2019 - Kiulu Riverside Fun Trail, 11.97 km, Kampung Pukak Kiulu Tamparuli Sabah menjadi destinasi pilihan group Hiking Santai-Santai Ranau berhiking di hujung minggu untuk kali ini. Jaraknya agak jauh juga kan? Tapi jangan risau, trailnya ini sangat santai kerana tidak berbukit-bukau. Hehe. Okay sekitar jam 7.00 pagi kami telah pun sampai di pekan Kiulu dan menunggu kedatangan wakil dari pihak pengurusan Kiulu Riverside Fun Trail untuk membawa kami ke starting point trail yang bertempat di kampung Pukak Kiulu. Seperti biasa sebaik sahaja selesai sesi pendaftaran para peserta dan mendengar sedikit taklimat dari ketua guide maka kami pun memulakan perjalanan. Laluan Kiulu Riverside Trail ini memang santai, tidak berbukit dan kami juga telah melalui beberapa kawasan kampung serta melintasi beberapa buah jambatan gantung dengan pemandangan sungai Kiulu sebagai latar di sepanjang perjalanan ini. Kiranya memang sesuai la dengan nama trailnya iaitu Kiulu Riverside Fun Trail. Pada asalny

Bukit Bongol (Minonggui Hill) via Kinasaraban Trail, Kota Belud dan Peak Of Hope, Tuaran Sabah.

Image
06/01/2019 - Bukit Bongol/Minonggui Hill via Kinasaraban Trail, Kampung Kinasaraban Kota Belud Sabah sebagai pembuka tirai bukit group Hiking Santai-Santai membukit di tahun 2019. Last kitaorang hiking ialah pada 16/12/2018, lepas tu kita cuti hiking untuk bagi laluan kepada "precious time" bersama family masing-masing sempena cuti sekolah anak-anak. Ya la, kan time cuti sekolah tu la kita nak spend time with family, bawa anak-anak bercuti ke, balik kampung ke dan aktiviti yang sewaktu dengannya la. Hehe. Okay la untuk kisah Bukit Bongol ini awal-awal aku nak cakap ya, setakat ini banyak-banyak bukit yang pernah aku daki hahh bukit satu ini la yang aku rasa nak angkat white flag tinggi-tinggi. Panas teruk wehh, cair mekap aku. Hahaha. Opss. Bukit Bongol Kota Belud, indah di mata panas di kepala. Huhu. Untuk hiking di Bukit Bongol ini kita boleh memilih diantara tiga trail ini untuk sampai ke puncaknya iaitu Bukit Bongol via Mandap Doluoh Trail (2km), Bukit Bongol via Kinasara